Seorang ninja, bila berhadapan dengan cabaran yang bukan fizikal, bila melihat dia tidak boleh menang bukan kerana kepakarannya dalam seni mempertahankan diri, ada kalanya dia perlu berundur, bukan sebab dia kalah, tapi untuk menenangkan dirinya, supaya bila dia bertarung, bukan kerana emosinya, tapi kerana mencari kemenangan yang sebenar. Berundur bukan tewas, tapi ada kalanya berundur itu lebih baik, dari terus mara, menang dengan emosi, tapi tewas kepada diri sendiri.
Kebelakangan ini, pelbagai serangan menimpa. Dari macam-macam jenis manusia, yang ingin menang dalam pertarungan mereka. Manusia yang jenis tak tahu hujung pangkal, tapi ingin tunjuk mereka tahu semua. Biarlah, jika mereka nak menang, ambiklah, menanglah. Nak bergaduh pun tak guna, sebab bukan semua mereka otaknya letak dikepala.
Nak berdebat lagi tak guna, tak ada langsung nilai debat dalam "perdebatan" mereka. Gunakan emosi, forward message yang tak ada kena mengena, buat orang lain salah faham, itu sahaja yang mereka tahu dan itu sahaja yang mereka mampu. Kemudian, mulalah buat cerita sedih, buat rumusan yang langsung tak ada kena mengena.
Mereka ingin sangat nak jadi betul atas apa yang mereka fikirkan betul. Tak mengapa, itu semua perkara biasa. Dah takdirnya mereka begitu, nak buat macam mana. Nak jumpa, nampaknya telur mereka belum cukup kuat, ha ha ha..... Mereka hanya boleh jadi hero dialam maya, nak buat macam mana :).
Akhirnya, lebih baik diam, jual sabun lagi baik. Sekurang-kurangnya, ada jugak yang dapat faedah dari sabun mahal ni.
Monday, April 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment