Monday, January 31, 2011

Jadilah manusia pemberi....

Hidup ni sekejap saja, tak lama. Mungkin esok, mungkin lusa, kembalilah kita kepada Yang Maha Pencipta, untuk menerima dan tanpa memberi lagi.

Bila memberi, ikhlaslah. Memberi itu letaknya pada ikhlas, pada hati yang luhur, pada niat untuk mencari Redha Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Jika hati tidak ikhlas, tidak ada ertinya pada pemberian itu.

Jika tidak mampu memberi kerana hati masih berkata-kata, jadilah penerima. Menerima itu, juga perlu kepada hati yang ikhlas.

Jika menerima pun tidak mampu, maka terjadilah manusia pengambil. Yang bila berinya, perlu kepada balasan, bila tiada balasan, maka mulut akan berkata-kata.

Hidup ini sekejap saja, peluang yang datang ada kalanya tiada siaran ulangan. Maka, ikhlaskan hati, jadilah pemberi yang sebenarnya. Semoga hidup kita berolah sinar dari yang Maha Pemberi Cahaya.

No comments: