Bukan perkataan yang baik untuk mulakan - kalau.... :), tapi itulah kisahnya.
Yang membuatkan manusia ini sangat istimewa kerana mereka berfikir apa yang mereka fikir dan ramai juga yang ingin orang lain berfikir apa yang mereka fikirkan. Lantas mereka akan meminta orang lain faham apa yang mereka cari walaupun mereka tidak mahu faham apa yang orang lain cari. Istimewa sungguh makhluk yang bernama manusia.
Dalam manusia membuat sesuatu didalam hidup, manusia melakukan untuk apa yang mereka cari, namun untuk meminta manusia lain melakukan sesuatu untuk orang lain, mungkin cabarannya lebih besar dan berliku.
Hidup kita ini, bukan setakat ada kita, tapi ada juga makhluk lain, manusia lain. Lantas, ada masanya, kita perlu juga faham tindakan orang lain bukan kerana membenci, tapi kerana mereka melihat apa yang kita mungkin terlepas pandang, sebab mereka melihat dengan mata mereka bukan dengan mata kita.
Tak perlu beretorik dengan ayat dan perkataan indah umpama dunia ini hanya ada kita untuk membinanya, jika kita sendiri tak mahu melihat pembinaan yang orang lain sedang bina. Tak perlu belayar jauh dengan membina istana dan kegemilangan dalam mimpi tapi tindakan tidak sampai membina pondok didalam pondok.
Fahamlah, bila orang melakukan sesuatu tentu ada sebab mereka berbuat begitu, begitu juga bila kita kata ada sebab kita tidak mahu melakukan sesuatu. Dunia Tuhan ini sangat luas, berjalanlah disekitarnya, lihatlah apa yang ada diatasnya. Dunia ini tidak terhad pada seorang manusia, dunia ini milik semua manusia.
Bila kita berjalan, kita singgah dibanyak tempat, tapi persinggahan itu tidka bermaksud kita pemilik tempat itu. Kena ikut jalan dan lorong yang ada, boleh saja bina jalan baru, tapi kena cari tempat yang belum ada lorong.
Teruskanlah, dunia ini sangat luas, tidak terbatas dengan apa yang telah kita lalui. Banyak lagi diluar sana yang belum kita lalui. Orang yang selama ini umpama berkepentingan sendiri, mungkin orang ini yang sentiasa mencari jalan untuk membantu. Mungkin orang ini tidak memberi apa yang kita mahu, tapi apa yang kita perlu. Kalau mata tertutup, dunia masih bergerak. Tapi kalau hati ditutup, jalan luas didepan mata tak mampu kita nampak.
Pulanglah, selagi jalan pulang masih terbuka.
Monday, January 24, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment