Kisah hutang PTPTN tak pernah habis, sejak dari PTPTN diperkenalkan, hinggalah sekarang. Macam tak de penyelesaian. Orang politik dengan pandangan politik mereka, pelajar dan peminjanm dengan pandangan mereka, ibu bapa dengan pandangan masing-masing.
Namun yang pasti, masalah ini belum nampak penyelesaian. Jumlah yang tak bayar hutang masih terlalu ramai. Jumlah yang dah disenarai hitam juga dalam jumlah yang tinggi. Boleh buat carian dalam internet kalau nak tahu jumlah sebenar.
Disamping kita dok berdebat tentang charge yang tinggi, tak cukup nak bayar, belanja makin meningkat bla bla bla... kenapa kita tak fokus je pada masalah sebenar?
Masalah sebenar adalah pelajar tak cukup duit nak bayar hutang. Dan bila kita dah tahu masalah sebenar ni, sekarang ni apa kata kita cari penyelesaian macam mana nak tolong pelajar ni cari duit supaya dia boleh bayar hutang.
Sekarang ni, kita nak kena tanya pelajar yang berhutang ni, sama ada mereka ada niat nak bayar hutang atau tidak? Kalau mereka tidak ada niat bayar, apa jalan penyelesaianpun tak kan selesai masalah ini.
Jika mereka ada niat nak bayar hutang, soalan seterusnya, apakah mereka sanggup melakukan apa sahaja yang mereka mampu untuk mencari duit (yang halal) untuk membayar hutang?
Tak ada guna nak debat banyak-banyak, nak cerita panjang2, sebab perdebatan isu ini dah terlalu lama dan hingga kini belum nampak jalan nak selesai. Oleh itu, kepada para peminjam, tanya diri anda apakah anda benar2 nak bayar hutang PTPTN atau apa sahaja hutang pelajaran? Ada banyak cara nak selesaikan masalah ini. Kalau tak jumpa cara, jom kita jumpa, saya ada banyak cadangan, insyaAllah.....
Tugas kita berusaha, penentu kejayaan serahkan saja pada Allah. Semuanya terpulang kepada diri anda sendiri, anda mahu atau tidak............
Thursday, February 24, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment