Siapa sbenarnya diri aku?
Apa yang aku cari dalam hidup?
Apa itu kejayaan?
Apa itu kegagalan?
Mana arah tuju hidup aku?
dan... pelbagai soalan lagi yang aku tengah aku fikirkan dalam dua-tiga hari ni. Memang letih nak cari jawapan pada soalan-soalan cepumas ni. Nampak macam senang, tapi kalau senang apa jawapannya?
Dua minggu lepas, sempat jumpa seorang kawan baru. Tanya dia apa dia cari dalam hidup. Jawapan dia memang hebat - entah lah, belum terfikir lagi. Komen aku, tak pe lah, masa depan dia, pilihan dia. Aku ni cuma manusia biasa. Mana ada manusia biasa boleh buat manusia biasa yang lain berjaya, kalau diri sendiri tak nak berusaha.
Beberapa hari lepas, seorang rakan beriya-iya bercerita soal diri dia. Apalah lagi yang lebih baik dari bercerita soal diri sendiri, ye tak? Katanya, kalau ada problem, call, communicate dengan bercakap, jangan hantar SMS je. Mana problem boleh selesai dengan SMS. Heh he... komen aku mudah je, orang percaya le kat kita? Lagi satu, boleh ke kita ni dipercayai? Aku kenal sangat dengan kawan aku ni. Jadi.. bila orang dah tak nak call tu, maksudnya orang tak percaya la tu... Tak payah la keluar semua teori-teori yang boleh dapat kat buku tu. Praktikalnya, orang lain akan berkomunikasi dengan kita, jujur dengan kita kalau kita ni boleh dipercayai dan kita ni jujur. Kalau kita ni kaki belit, maka berbelit lah jugak yang kita dapat. Itu lebih baik dari terkena sembelit. ha ha ha...
Minggu depan dah nak raya. Banyak lagi yang perlu dibuat sementara nak raya ni. Dah masuk malam sepuluh terakhir ni, berusaha lah kuat sikit dalam ibadah. Dekatkan diri dengan Yang Maha Esa. Manalah tahu, kot-kot tak sempat Ramadhan akan datang. Buatlah yang terbaik, atau sekurang-kurangnya lebih baik dari Ramadhan yang lepas. Raya tu tak kemana. Bila sampai masa nanti, Raya tetap datang. Malam Lailatulqadar tu yang lebih utama. Malam tujuh likur untuk beribadat, bukan sibuk dengan mercun dan pelita.
Hmm... mana nak balik raya ni? Tak kisahlah balik mana pun, yang penting ibadah kita diterima.
Wednesday, October 26, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
When will you post to this blog again? I shall visit it again -----------------------------------------------------------------------------flexeril-at-discount purchase
Post a Comment