Monday, May 07, 2007

Complain, compare, critics, etc etc .....






Pagi ni sorang kawan talipon. Mengadu psal kerja, pasal kawan2 dia kat office, pasal orang yang nak pegioutstation, bukan sebab nak kerja tapi sebab dapat peluang bawa anak pegi jalan2, kerja tak nak buat, tapi nak pegi jalan2. Dah tu, kerja kat agensi kerajaan, jalan2 guna duit rakyat, gaji dari duit rakyat, tapi kerja tak nak buat. Macam tu la lebih kurang cerita dia. Memang betul pun. Memang ramai orang yang kerja makan gaji macam tu. Dan memang ramai kakitanagn kerajaan macam tu. Bukat setakat yang pangkat bawah, ni dari atas sampai bawah. Ni lah rasanya kepimpinan melalui teladan. Ikut membabi buta. elok ke tak leok ke, ikut saja, yang penting hidup aku senang, heh he... Manusia, macam ni la...

Selalunya orang macam ni kena bagi dia pilihan. Nak kerja ke tak nak? Kalau tak nak kerja, suruh dia balik rumah je la. Tak payah datang office terus. Nak lagi elok, submit surat berhenti. Kalau tak pun, suruh dia relax kat rumah terus, lepas 3 hari suruh boss dia pulak hantar surat termination kat dia. Senang cerita. Banyak kisah2 kakitang kerajaan ni kita dengar. Sampai dah malas nak dengar dah.

Bukan nak jadi busy body. Tapi duit gaji mereka tu, rakyat yang bayar. Kalau dah rasa tak boleh nak kerja, tak boleh nak perform, elok resign je la. Tak la susah nak jawab kat akhirat nanti. Kalau tak mampu nak jaga manah yang diberi, bagi je la tugas tu kat orang lain. Tak payah cerita banyak lah kisah ni, semua orang dah tau dah... Dah jemu nak ungkit kisah pemalas ni. Duit nak, kerja malas.

Lebih menarik dari kes diatas, kes ramai kawan yang komplain ni. Bila dah duduk dalam keadaan macam tu, memang susah atau tak boleh nak ubah sikap manusia lain. Komlain la macam mana pun, kalau dah malas tu, malas jugak la. Tapi diri sendiri macam mana? Komplain la macam mana pun, people don't change. We can only change ourselve. So, kalau dah tak suka sikap manusia macam tu, kenapa diri sendiri tak cari benda lain untuk dibuat? Kenapa tak cari kerja lain? Kenapa tak buat je business sendiri. teruk sikit buat kerja sendiri ni, tapi hasilnya berbaloi, insyaAllah.

Banyak business boleh buat. Paling senang, buat je la network marketing, atau sesetengah orang panggil MLM or direct selling. Ni pun business jugak. Jangan la buat skim piramid, tu dah kira haram tu. Buat la yanglegal, yang ada lesen, yang disahkan halal. Tak pasti, pegi la tanya ustaz atau tok-tok guru yang tahu hukam hakam agama.

Majoritinya bila diajukan peluang ni, katanya tak minat, tak tau nak buat, tak suka jual, bla bla bla... Jadi, kerja makan gaji tu sebab minat la? Komplain pasal orang lain setiap hari tu pasal minat? Komplain gaji tak cukup tu pasal minat? Maki boss setiap hari tu sebab minat? Bila tengok balik manusia2 ni, ramainya cuma suka complain tapi tak sanggup nak berubah. Apa salahnya tengok dulu, study dulu, cari fakta dan information dulu, faham dulu, then baru la buat decision. Ni belum apa2 lagi, dah tak minat, tak pandai, ta tahu. Agaknya masa baru lahir dulu, terus pandai makan sendiri kot, terus pandai jalan?

Sikap manusia ni memang menarik. Nak cari yang yakin pada diri sendiri sikit je. Yang sanggup berubah untuk kebaikan pun sedikit je. Ynag sanggup kerja kuat pun sedikit je. Yang cari sebab untuk terus hidup pun sedikit je. Yang ramai? Ikut je la.... apa nak buat..... dah takdir..... berserah je la... kau boleh la..... dah aku macam ni, nak buat macam mana..... etc etc etc.... bla bla bla...

Bila tengok balik, elok juga ramai orang macam ni, cakap tak habis2, kerja tak pernah habis. Dalam negara ni dan dalam dunia ni, macam2 peluang ada. Kalau setakat nak buat business sendiri, setakat nak tampung hidup keluarga, macam2 benda boleh buat. Jual air tepi jalan pun boleh hidup. Tapi kalau dah dapat penyakit malas, apa pu tak boleh jadi. Yang eloknya, bila ramai sanat yang malas, kita rajin sikit je, tentu kita jauh lebih berjaya dari yang malas tu. Kita plan sikit, ada agenda sendiri, kerja kuat sikit, tentu semua pemalas tu akan jatuh dalam agenda kita, dalam perancangan kita. Janjikan dia istana asap dilangit, istana buih dilaut, istana daun dihutan, dia tentu suka. Lepas tu sebab dia malas nak fikir, dia buat je la apa kita suruh dia buat. Akhirnya, dia akan kerja untuk kita, dan kita bagi la dia gaji lebih sikit dari yang orang lain bayar dia. Dia akan jadi pekerja yang setia untuk kita. Kalau kita "zalim" sikit, dia akan jadi "hamba" yang setia.

Ini hakikat hidup. Kalau kita tak ada agenda sendiri, kita akan jatuh dalam agenda orang lain. Dalam banyak2 malas, malas yang paling "menyakitkan" antaranya malas untuk berfikir dan malas untuk cari ilmu. Manusia jenis ni, selayaknnya jadi hamba saja la. Kita semua ni memang hamba, tapi "tuan" kita Allah SWT. Kita tak boleh jadi hamba pada manusia. Tapi bila dah mals, tentu akhirnya nanti kita jadi "hamba" pada manusia, samada kita sedar atau tidak. Kita kena ikut cakap manusia untuk terus hidup.

Kita semua ada kisah hidup sendiri. Setiap kita buat silap. Setiap kita pernah jatuh dan mungkin akan jatuh lagi. Yang penting, bukan berapa kali buat silap, tapi apa kita buat bila kita sedar kesilapan kita. Bukan berapa kali jatuh, tapi secepat mana kita mampu bangun semula. Bukan barapa kali kita gagal, tapi secepat mana kita cari jalan untuk berjaya.

Perjalanan hidup ini, bukan untuk mencari kejayaan. Sebab berjaya atau gagal yang hakiki, bukan didunia ini. Kejayaan hakiki, selepas ini. Hidup ini satu perjalanan yang tiada hujung. Hidup ini, satu usaha dan kerja yang tidak ada noktah. Hidup ini satu "perjalan", satu "journey" yang kita tak perlu tahu mana destinasinya. Sebab destinasi tu kita sendiri pun tak tahu. Dia boleh sampai secara tiba2.

Soalnya - APAKAH KITA TELAH BERSEDIA?

No comments: