Sunday, May 06, 2007

Kenapa kita hendak apa yang kita hendak?




Aku baru lepas baca artikel kenapa nak jadi doktor by saifulislam.com. Ustaz ni bertanya para pelajar perubatannya kenapa mereka nak jadi doktor. Huraian yang sangat baik. Bernas, mudah dan sangat senang nak faham. Bila yang menulis tu faham agama, bila islamnya kerana pilihan, bukan warisan, maka terjahannya pada setiap persoalan, pasti membawa nilai yang tinggi. Yang boleh diambil pengajaran. Yang boleh direnungkan. Ini bukan persoalan debat AF atau, soal jomheboh. Ini dah masuk soal hidup disini dan disana. Hmmm... sebelum tu, kalau mufti dah kata haram, tapi masih buat lagi, agaknya layak ke lagi disokong program macam tu? Sendiri mau ingat la. Kalau mufti kata haram, kita masih sokong, cakap siapa lagi kita nak dengar? Kalau macam tu, mati nanti, patut ke nak sedekah fatihah?

Ok lah, cukuplah cerita negatif tu. Balik pada tajuk asal. Kenapa kita hendak apa yang kita hendak? Kenapa nak jadi doktor? nak tolong orang lain? Dengan pengorbana besar tu, dan dengan wang besar yang menanti, siapa yang nak ditolong? Kalau tak de duit, boleh ke dapat rawatan pakar sekarang ni? Kalau tak de duit, nak tunggu doktor "kerajaan" nak rawat, sempat ke hidup lagi bila dah sampai giliran nanti? Kalau tak de duit, boleh ke dapat rawatan kat wad kecemasan hospital swasta pukul 3 pagi hari ahad? Kalau tak de duit, boleh ke panggil dokor datang rumah bila pesakit tak boleh bangun lagi? Jadi, nak jadi doktor tu untuk apa? Hanya yang nak jadi doktor saja boleh jawap soalan ni. Dan yang dah jadi doktor, mungkin jawapan mereka masa nak jadi soktor dengan bila dah jadi doktor ni, mungkin dah berubah kot. Mungkinlah, aku bukan doktor, mana la aku tau.

Bukan setakat doktor. Profesion yang lain pun serupa jugak. Kenapa kita pilih profession yang kita pilih? Kenapa nak jadi engineer, lawyer, accountant, atau apa saja. Kenapa pilih untuk kerja sendiri? Kenapa pilih untuk kerja dgn orang lain? Kenapa pilih buat business? Semua pilihan kita, kenapa kita buat pilihan itu? Ini semua persoalan yang sangat baik untuk kita soal dan hanya kita saja yang ada jawapannya.

Ramai yang pilih profession dan pekerjaan dan perniagaan kerana duit. Sebab, walau pun duit bukan segalanya, tapi segalanya nak duit. Nak pegi mekah pun nak kena ada duit. Nak belajar pun nak kena ada duit. Nak jumpa doktor yang bagus2 pun kena ada duit. Ynag penting, kenapa profession atau perniagaaan itu yang kita pilih. Yang penting, apa nilainya yang kita letakkan. Yang pentingnya, kenapa bukan yang lain, kenapa yang itu?

Kalau setakat duit, apa pun boleh dapat duit. Nak yang halal, macam2 benda boleh dapat duit halal. Yang penting, what beyond money? Disebalik duit itu ada apa? Disebalik profession dan kelulusan itu ada apa? Disebalik perniagaan itu ada apa? Atau kita pilih kerana kita tiada pilihan? Tidak..... Kita semua ada pilihan, dan pilihan terakhir adalah chose what have been chosen. Itu juga pilihan.

Bila berhadapan dengan persoalan ini, bila berhadapan dengan perniagaan yang aku buat, ini soalan penting kepada diri sendiri, dan juga kepada kawan2 yang pilih untuk buat business ini bersama2. Kenapa nak buat business ini? Untuk apa? Apa dah pasti nak buat? Kenapa cari customers? Kenapa pilih orang itu jadi customer? Kenapa pilih orang itu untuk dikongsi perniagaan ini? Kenapa pilih orang itu untuk dibantu dalam perniagaan ini? Kenapa tidak orang lain? Why? Peroslan ini tidak kunjung sudah. Tidak habis. Akan sentiasa disoal. Kalau orang lain tak soal, diri sendiri kena soal. Inilah realiti kehidupan.

Yang penting, kena pasti dengan sebab kita buat pilihan. Pasti dengan sebab pilihan kita. Pasti dengan kehidupan kita. Tahu siapa kita. Kenapa kita disini. Apa yang kita hendak. Kemana kita nak pergi. Dan carilah cara yang Tuhan restu untuk dapat apa yang kita cari. Kalau kita tak ada agnda sendiri, perancangan sendiri, tindakan sendiri, pilihan sendiri, kita pasti akan jatuh dalam perancangan dan tindakan orang lain.

No comments: