Proses penamaan calon selesai pada 24 Fabruari yang lalu. Pelbagai drama, pelbagai bantahan, namun SPR masih dengan sikap yang sama - Kalau BN buat tak pe, kalau pembangkang, semua silap. Calon BN titiwangsa, calon BN Marang, tak perlu matikan duti stem dan boleh bertanding. Calon PKR Sementa tak matikan stem dan pencalonan ditolak (baca pelbagai berita dari internet). Dan akhirnya bila beberapa calon PAS nak berjumpa Pengerusi SPR - Tan Sri RaShit, dia tak nak jumpa, cuma hantar PR.
Ini lah demokrasi ala-ala Malaysia, yang kononnya dicemburui oleh masyarakat dunia. Hanya di negara bolehland inilah segala penipuan depan mata ini berlaku. Tak perlu selindung-selindung. Yang lebih menariknya, majority rakyat terus sokong BN, terus undi BN. Sebabnya? Takut negara tak aman kalau undi pembangkang. Dulu PAS pun pembangkang di Kelantan. Tapi sejak 18 tahun dulu bila PAS memerintah, dah berapa banyak "keganasan dan pertempuran" yang berlaku di Kelantan?
Harta benda milik rakyat terus dilacurkan oleh BN untuk dijadikan bilik-bilik gerakan pilihanraya BN. Pusinglah sekeliling bandar dan kampung, berapa banyak dewan orang ramai yang digunakan sebagai bilik gerakan BN? Apakah ini harta tok nenek BN atau harta rakyat? Denagr radio dan tonton TV milik kerajaan, berapa banyak kempen BN ada kat situ? Apakah dah bahalol sangat puak-puak BN hingga tak boleh nak bezakan harta rakyat dan harta parti?
Ada banyak senarai dan ada senarai panjang untuk setiap penipua BN untuk menjatuhkan pembangkang dan untuk terus berkuasa. Yang lebih pelik, rakyat tahu perkara ini, tapi masih jugak undi BN. Apakah takut rezeki tersekat sedangkan rezeki itu milik Allah dan kurniaan Allah. Yang lebih pelik, ada ustaz-ustaz dalam BN yang tahu semua perkara ini, dan dah terlupakah mereka ini dengan janji-janji Allah? Kalau hidup dengan rezeki haram, makan nerakalah tempatnya. Apakah calon BN Titiwangsa yang punya kelulusan agama dan bekas Imam besar masjid negara yang bertanding di permatang pauh itu tak sedar semua ini? Lebih malang lagi, kalau hati mereka ditutup oleh Allah. Kesian, semoga mereka dan penyokong mereka kembali mendapat bantuan Allah sebelum proses caca marba ini bermula.
Namun, bersyukurlah pada yang masih mendapat simpati Allah, yang hati dan jiwa dan mata diterangkan dan disinarkan oleh Allah untuk melihat mana yang hak, mana yg bathil. Untuk memilih pemimpin yang berjuang kejalan Allah dan menegakkan kebenaran dan ekadilan, walaupun ada antaranya belum dipilih untuk percaya kepada akidah yang satu. Sekurang-kurangnya mereka ini tidak bersekongkol dangan puak-puak penipu dan laknat itu.
Tahun ini masih mengundi? InsyaAllah, kalau diizinkan Allah. Kalau ikutkan hati yang tak pernah percaya pada siistem demokrasi tipu daya Malaysia ini, rasa macam sia-sia saja pegi undi. Namun, untuk kesekian kalinya, untuk supaya nanti dapat menjawap dipadang mahsyar atas tanggung jawap memilih pemimpin ini, maka dengan berat hati, turun jugaklah pegi mengundi nanti, kalau mendapat izin Allah SWT. Semoga tidaklah di saat akhir nanti ada nama yang bertukar dari negeri sebalah sini kenegeri sebelah sana. Kalau lah punya kuasa untuk menukar hati-hati manusia, pasti aku tukar mereka untuk melihat kebenaran dan keadilan. Kalu lah aku mampu menghukum, pasti aku hukum mereka meminta maaf dari setiap umat yang mereka tipu.
Semoga Allah membuka hati aku dan hati mereka untuk mencari dan menyokong kebenaran. Semoga pilihanraya kali ini, Allah menghancuirkan segala bentuk penipuan dan penindasan. Dan semoga mereka yang menipu dan menindas ini, mendapat balasan setimpal dengan apa yang mereka lakukan didunia ini, mudah-mudahan diakhirat nanti terselamatlah mereka, selagi betul akidah mereka.
Pilihanraya Malaysia, tidak lebih dari drama lembu lembu pawah yang dicucuk hidungnya dan monyet-monyet zoo yang cuma boleh melompat didalam kandang. Dan lepas 8 March ini, tidurlah lembu-lembu dan monyet-monyet ini untuk tempuh 5 tahun lagi, membiarkan semua penonton dan penyokong bercerita kisah sama seperti 5 tahun dulu. Jadinya, siapa yang dapat apa?
Tuesday, February 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment