Hidup ini sekejap saja. Akan tiba ketikanya nanti, merupakan hari terakhir dalam kisah hidup kita. Dan kalau lah hari ini, hari terakhir hayat kita, apakah kita telah bersedia?
Renungkan sejenak masa lampau kita. Bermula dari kita "dibina" didalam rahim ibu, janji-janji kita dengan Yang Maha Pencipta sebelum kita dihantar kedunia nyata. Sewaktu kita kecil, sewaktu bayi, sewaktu kanak-kanak, sewaktu remaja, sewaktu dewasa.... Ini semua kisah perjalanan hidup yang sangat menarik, penuh dengan cerita, penuh drama, penuh kisah, penuh cabaran, halangan, duri, ranjau (dan ranjang)......... Semua ni berlalu dan berlaku, dan semua ni ada sebab tertentu kenapa ia berlaku.
Kita tak tahu bila kisah ini akan terhenti, sebab itu, persoalan sekarang, jika hari ini adalah hari terakhir kita, jadi bagaimana? Apakah kita telah bersedia? Sudah cukup bekalan? Sudah dapat apa yang kita cari selama ini? Sudah pasti kemana arah kita selepas ini? Pelbagai soalan ini, tak pernah habis, jadi bagaimana?
Tentu ada jalan keluar. Jalan keluarnya mudah tapi tak mudah. Semalam telah berlalu, tapi ramai manusia yang menyesali hidup semalam mereka, dan ada juga yang masih seronok bercerita kisah suka jaya semalam mereka, esok belum tentu, tapi ramai manusia yang berangan-angan tentang esok mereka dan ada juga yang berpeluh resah menanti esok mereka, dan akibatnya? Manusia sering kali lupa, masa yang mereka punya dan anugerah besar Tuhan pada mereka adalah masa sekarang mereka.
Gunalah kisah semalam dan harapan esok, untuk merancang dan lebih penting lagi, untuk bertindak pada masa ini. Ini saja masa yang kita punya, yang Tuhan kurniakan pada kita. Gunalah masa ini sebaiknya. Esok tentu matahari akan muncul lagi, cuma soalnya, apakah cahaya matahari itu untuk kita? Simpan lah sedikit harta untuk esok, tapi jangan sampai lupa untk memberi sedikit apa yang kita ada. Ilmu itu harta, wangitu juga harta, senyum itu juga harta dan paling utamanya, kasih sayang itu juga harta.
Harta yang disimpan bukan milik kita, sehinggalah kita berikan pada orang lain. Harta yang tersimpan hingga kita mati, belum sempat di berikan pada orang lain, akan jadi milik waris kita, bukan lagi milik kita. Kasih sayang yang kita simpan, tak sempat diberi, bukan kasih sayang namanya. Tapi kita juga kena ingat, berilah harta itu pada yang memerlukan, jangan beri pada yang tak memerlukan. Hanya oarang yang memerlukan akan menganggapnya harta, yang tak memerlukan akan menganggapnya tanggungan. Lebih sedih jika mereka anggap itu hanyalah sampah.
Pernah lihat muka-muka orang2 yang tersayang? Nanti sebelum tidur, tataplah wajah mereka. Kalau mereka tak ada depan mata, tataplah gambar mereka. Kita tak tahu, mungkin itu kali terakhr kita tatap wajah mereka, mungkin juga itu yang terakhir mereka menatap wajah kita. Beritahu mereka apa yang kita nak beritahu, sebab peluang itu mungkin tiada lagi pagi esok. Mungkin mereka yang pergi, mungkin kita yang pergi, kita tak tahu.....
Inginkan sesuatu yang lebih menarik? Ambilkan sekeping kertas, tuliskan nama2 oarang yang penting dalam hidup kita. Jumlahnya mungkin ramai, dan carikan 20 yang paling penting. Sekarang, potong satu nama demi satu nama dan beritahu mereka kenapa mereka tak penting dalam hidup kita. Akhirnya tinggalkan satu nama sahaja dan itulah orangnya yang paling penting dalam hidup kita. Tulis surat padanya dan nyatakan kenapa dia penting dalam hidup kita. Kemudian, lihat pada nama2 yang telah dipotong..... Mereka tidak penting? Kenapa ya....
Ingin main permainan ini dengan lebih bermakna?
Wednesday, February 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment