Semalam, 13 February, sehari sebelum bunga2 dijual dengan harga yang lebih mahal dari biasa, sebuah rumah besar umpama rumah merpati, tapi berpenghuni murai, lembu, kambing, singa dan umpama-umpamanya telah dikosongkan. Arahan pengosongan ini, turut disertai oleh rumah-rumah lain yang ada lagi 12 jumlahnya dan sebuah lagi masih berpenghuni. Maka sebuah pen kuning tenlah menandatangani arahan pengosongan ini, dan bermulalah "perang" antara lembu dan murai dan kerbau dan kambing dan singa dan unta dan kuda belang dan gembala-gembalanya untuk menghantar wakil-wakil mereka kerumah ini.
Makanya banyaklah pentas-pentas didirikan nanti untuk burung dan ayam berkokok dan banyaklah tiang dan tali terpasang untuk meletak tinggi tanda mereka dan rupa mereka untuk yang lainnya mengenali. Dan banyaklah nanti jalan lama yang dibarukan dan banyak lah nanti yang tiba-tiba muncul di khalayak menyatakan saya lah tok wakil kamu nanti maka jangan lah lupa pilih saya nanti dan inilah nasi bungkus dan kain batik buat makan dan pakai dan 5 tahun lagi saya bagi lagi.
Maka yang baru bangun pun mengiyakan dan mengundilah tanda yang sama macam tu jugaklah dan yang tak tahu pun mengundilah yang sama dan yang terguris pun undilah yang berbeza dan yang telah kuat hatinya pun mengundilah untuk mengubah dan berubah.
Maka di kala ini, sebelum pun undi itu mula dan sebelum pun pentas boleh dinaiki, maka berbondonglah mereka cari tempat dari sang kepala untuk letak mereka di ekor yang sama, supaya nanti dapatlah jadi calon untuk masuk rumah busuk dan lembab dan bingai itu. Maka dikala ini, sebelum mencantas calon yang lambang lagi satu itu, kenalah cantas yang calonnya nak wakil lambang yang satu ini. Macam tu lah modus operandinya lembu-lembu ini bertanding, kerana burung dan ayam hanya lah tok wakil untuk kempen untuk lembu-lembu ini adanya...
Maka tunggulah pementasan selepas ini, apakah pula ceritanya, dari lembu-lembu yang nak bertanding dan tok gembala-tok gembala penjaga lembu-lembu ini. Berapa banyakkah ongkos akan habis, berapa banyak pula taik lembu nak kena cuci dan berapa banyak pula lembu nak jadi lemb korban. Maka kenalah tunggu episod ini, yang khabarnya ambik masa 3 pekan untuk selesai dan berpekan-pekan untuk cerita dan berapa pekan nak buat kerja dan mungkin kah Pekan nak tukar gembala?
Selamat makan nasi bungkus dan dapat kain batik dan pelekat baru dan selamat dengar penglipur lara bercerita dan berceriti.
Thursday, February 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment