Kita ni manusia biasa, sebab tu ada masanya kita gembira, ceria, sedih, pilu, duka dan pelbagai rasa dan emosi. Ada masanya rasa macam dah hilang semangat nak hidup dan ada masanya rasa terlalu singkat waktu yang berlalu, rasa seperti belum puas menikmati waktu yang ada dan ada masanya rasa terlalu lama waktu berjalan.
Masa terus berlalu, tanpa henti dan tanpa menoleh kebelakang. Bergerak umpama air sungai yang sedang pasang, mengikut lorong dan likunya, dan jika disekat, maka pasti banjir besar akan berlaku. Masa terus berlalu, keraan itu lah masa, tak pernah leka, tak pernah lupa, tak pernah alpa.
Hari ni dah masuk hari kelima bulan ketiga tahun 2008. Minggu lepas LRC Genting, sebelumnya NDS Johor, sebelumnya NDS Sg Sembilang menggantikan LEC yang tertunda lagi, sebelumnya outing di Fraser Hill bersama Senior LN02, sebelumnya LRC Johor, sebelumnya LRC Sg Sembilang, pagi itu LN02 mula langkah pertama, sebelum itu LEC Sg Sembilang, siri keempat, sebelum itu LRC Port Dickson. Ini yang telah lepas, semuanya Sabtu & Ahad.
Untuk yang selepas ini,
8/March, mengundi,
kemudian LEC Sg Sembilang 15/16 March,
LEC Johor 22/23 March,
LRC LN02 29/30 March,
LN03 21 March malam,
LN04 Johor sambung lepas LEC,
LRC PD 5/6 April,
LRC Johor 12/13 April,
LEC KL 19/20 April, masa ni mungkin hari kahwin ien & eim,
26/27 April LN05 sepatutnya walkin dan LEC Johor perlu diadakan masa ini dan LN02 menamatkan perjalanan mereka,
3/4 May LRC kembali ke Sg Sembilang,
10/11 May Stage 2,
17/18 May LEC lagi,
24 May LN06 1st weekend,
31 May & 1 June LRC lagi,
7/8 June mungkin ada LNP yang baru masuk atau yang baru habis,
14/15 June LEC,
21 June LNP batch baru lagi,
Johor mungkin ada lagi LRC 28/29 June........
....jadual ini sentiasa penuh.... Hinggakan bulan August nanti, MUS sudah ditempah...
Pagi ini, aku mohon kehadrat Allah SWT, mungkin juga buat pertamakalinya, untuk aku terus sihat, terus bertenaga, terus hidup, bukan sekadar untuk program-program ini, tapi untuk semua manusia. Belum nampak yang ingin mengambil tempat berdiri didepan, berjalan dan bercakap, untuk manusia-manusia, untuk insan, untuk teman-teman, rakan-rakan, memberi sedikit harapan, peluang dan perkongsian. Mungkin belum ada yang bersedia, mungkin bukan itu tugas mereka didunia ini. Cuma perlu sedikit sabar, sebab manusia ini punya tugas berbeza didunia ini, mengikut cara mereka, pandai mereka, minat mereka....
Untuk anak-anak abah, Faiq, Najwan, Angah, Kakak & Fie, maafkan abah kerana masa abah yang makin sedikit dengan anak-anak abah, maafkan abah kerana hujung minggu abah terlalu banyak diluar, hingga kadang itu, tak sempat membelai rambuat & mencium pipi anak2 abah, maafkan abah sebab ada masanya abah terlalu sibuk, dan bila berjumpa anak2 abah, abah terlalu letih untuk tersenyum pada anak2 abah. Cuma satu yang abah mampu bagi tahu anak2 abah, kasih sayang abah pada anak2 abah tak pernah luntur. Abah lakukan semua ini, kerana mungkin ini tugas abah didunia ini.
Abah cuma harapkan anak2 abah faham apa yang abah buat. Abah yakin anak2 abah pandai jaga diri, tahu tujuan hidup dan abah sentiasa bangga dengan anak2 abah. Abah tahu bukan senang jadi anak2 abah, terlalu banyak durinya, banyak dukanya, banyak cabarannya, dan dalam masa yang sama, abah yakin anak2 abah juga, banyak belajarnya dari yang lain2. Anak2 abah melihat apa yang tak semua anak1 lain lihat, faham apa yg tak semua anak2 lain faham, mengerti apa yg tak semua anak2 lain mengerti.
Abah harap, anak2 abah jaga diri baik2, dan jaga mak baik2. Abah akan terus buat apa yang abah perlu buat, untuk anak2 abah, untuk mak, untuk keluarga kita dan untuk manusia diluar sana. Abah punya cita2 besar, bukan untuk mengumpul harta dan wang semata2, tapi yang jauh lebih besar dari itu. Abah juga nak jadi orang kaya, org senang, tapi impian abah jauh lebih besar dari itu. Mungkin satu hari nanti, anak2 abah akan faham juga, apa yang bah cari dalam hidup abah.
Abah harap, satu hari nanti, anak2 abah boleh pilih jalan hidup yang terbaik untuk anak2 abah. Pilihlah jalan hidup yang boleh membawa kebaikan pada manusia lain, yang mendapat redha dari Tuhan dan mendapat senyum manusia, tapi jika perlu memilih antara redha Tuhan dan redha manusia, maka pilihlah redha Tuhan, kerana itulah jalan yang selamat dan bahagia.
Abah tidak mengharapkan anak2 abah menyambung apa yang abah buat, sebab abah yakin, anak2 abah ada pilihan jalan hidup masing2. Tapi jika anak2 abah memilih jalan hidup seperti abah, sedarlah, bukan mudah jalan yang abah pilih. Banyak yang perlu ditempuh dan ditanggung.
Jangan sesekali ada benci dihati pada sesiapa juga, bantulah manusia supaya satu hari nanti mereka dapat membantu diri mereka sendiri, berilah sebanyaknya pada manusia lain, kerana, kita tak punya apa yang kita simpan, tapi apa yang kita beri, jangan sesekali mengharap balasan atas apa yg kita beri, tapi berilah sebanyaknya, supaya manusia lain dapat hidup dengan aman, selesa dan senyum kerana mereka memilih untuk senyum, jagalah hati2 manusia lain, tapi jangan dibelai hati mereka kalau bukan dengan kejujuran, jagalah tingkah laku dan taatlah pada Tuhan selamanya.
Ingatlah, manusia ini semuanya sama disisi Tuhan kecuali takwa mereka dan amalan mereka. Jangan dibeza2kan manusia disekeliling kita, sayanglah mereka seadanya dan jengan dibenci mereka kerana sifat mereka. Dalam hati kita, simpanlah setiap manusia ditempat yang selayaknya untuk mereka dan siram dunia ini dengan kasih sayang dan senyum ikhlas.
Kalau suatu hari nanti abah perlu perg jauh dari sini, bila bahtera besar datang menjemput abah, jaga diri baik2, jaga nama keluarga kita, dan paling utama, jaga mak baik2. Mak untuk setiap masanya adalah sumber kekuatan abah yang paling utama, dan anak2 abah adalah anugerah amat besar dari Yang Maha Esa untuk abah. Abah berusaha untuk tidak mempersiakan anugerah besar ini dan setiap masanya abah berusaha untuk menjaga sumber kekuatan abah.
Abah punya tugas yang masih belum selesai, dan abah berharap anak2 abah faham setiap apa yang abah buat ini, bukan untuk abah secara peribadi, tapi mungkin ini tugas abah didunia ini. Abah sayangkan semua anak2 abah, dunia & akhirat. Abah cuma nak tengok semua anak2a abah sihat, bahagia dan berjaya.
Pada Tuhan, abah tak pernah lupa mendoakan yang terbaik untuk anak2 abah, untuk Faiq, Najwan, Angah, Kakak & Fie. Anugerah itu datang bila tiba waktunya dan diberi bila sampai waktu layaknya. Abah bersyukur punya anak2 semua dalam keluar abah. Abah sayangkan semua anak2 abah, dunia & akhirat. Doa abah untuk anak2 abah tak pernah luntur.....

No comments:
Post a Comment