PRU 12 dah selesai, MB & KM ramai dah angkat sumpah. PM mendahului yang lain2. Kes mahkamah bersambung lepas ni. Semua YB tgh siap2 nak masuk Parlimen & DUN.
Paling penting, semua YB dipilih oleh rakyat, maka jadilah wakil kepada rakyat. Jangan sekali-kali jadi wakil kerajaan, wakil korporat, wakil parti, wakil sekelompok manusia sahaja. Yang keluar mengundi, lebih 7 juta rakyat. Jadilah wakil rakyat. Kalau ada yang jadi wakil selain dari wakil rakyat, tak kan aku halalkan duit aku dan hak aku sebagai rakyat untuk manusia2 ini. Bukan senang jadi tok wakil dan jadi pemimpin, tapi kalau tak mampu, kenapa bertanding? Rakyat bayar cukai dan rakyat bagi amanah. Tak kisah la parti apa, berkhidmatlah dengan jujur dan amanah.
Aku tak de parti, tapi aku bayar cukai, akau keluar mengundi, aku sokong wakil yang amanah dan yang berjuang untuk rakyat. Jadi, pimpinlah rakyat kejalan yang baik dn jalan yang diredhai Allah. Kalau ada pertembungan pendapat, selesaikan dengan baik. Parti cuma landasan untuk perintah, tapi bila dah dapat kuasa, perintahlah dengan amanah.
Jadilah wakil rakyat, bukan wakil parti, bukan wakil kerajaan, bukan wakil korporat, bukan wakil keparat. Berlaku jujur dan ingatlah, Allah sentiasa melihat.
Thursday, March 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment