Monday, March 31, 2008

PRU12, Politik & Drama yang berterusan (BODOH!! HA HA HA!!!!)

Terbaru hari ini, ADUN Buntong (DAP) di Perak, letak jawatan parti dan keluar DAP kerana tak puas hati sebab hanya seorang wakil masyarakat India dalam EXCO Perak. Elok la tu. Berapa ramai Wakil Melayu dalam EXCO Perak? Berapa ramai pulak masyarakat Melayu di Perak? Kalau macam ni, elok semua letak jawatan je lah, senang cerita, sebab semua tak puas hati....

Pembangkang DUN Pulau Pinang nak buat EXCO (Hantu) sebab nak pantau kerajaan negeri. Elok la tu. Masa jadi kerajaan dulu, apa yang dia orang dah buat? Masa ada kuasa, tidur. Bila dah kena tendang keluar, macam orang gila talak.

Tengku Razaleigh kata, orang melayu semenanjung hilang kuasa sebab UMNO kalah pilihanraya. Yang ni sesangat lah elok. Macam juga kat Penang, masa ada kuasa, apa yang korang dah buat? Kat Penang dulu, ramai wakil UMNO dalam DUN, tapi kenapa jawatan Ketua Menteri bagi pada Gerakan? Yang ni bukan hilang kuasa ke? Kerusi UMNO yang dok bagi pada yang bukan UMNO tu, bukan hilang kuasa ke? Pegi la tanya Tajol Rosli pasal ni. Bingai...!!!
Masa ada kuasa, apa pembelaan yang korang dah buat untuk melayu keseluruhannya? Ke, ada kuasa tu cuma untuk tolong segelintir melayu je? Melayu Kelantan yang lawan UMNO korang tolong ke? Yang PAS dan PKR tu, bukan melayu ke? Kenapa tak nak tolong? Dah hilang kuasa baru nak tersedar ke?

Bekas MB Selangor yang nak tanding jawatn ketua pemuda tu dah buka blog sendiri. Dengarnya seorang lagi bekas MB (perlis kot) pun nak buka blog sendiri. Elok la tu. Meh ramai2 kita buka blog. Tapi, kena la selalu update, kalau tak, nanti orang kata, macam tu la UMNO, panas kejap je (patut la kalah punnn....). Dulu korang mengata kat bloggers, sekarang ni, korang pulak "join the club".

22 ADUN UMNO Terengganu terima MB pilihan istana. Elok la tu, hari tu ludah, hari ni jilat balik. Macam ni la UMNO, dulu, kini & selamanya.... Kalau aku la jadi dia orang ni, terutamanya si Rosol tu, lebih baik letak jawatan dan lari keluar negara la... (ada ke negara nak terima kau?). Punya lah nak jaga hati PM al-tiduri pak mentua KJ, semua nak dilawanya. Bukan la kata tak boleh nak lawan pilihan istana, tapi kena le beradab. Hah sekarang? apa lagi, letak la jawatan... ada berani? phuiiii...

Masa DAP nak boikot MB pilihan istana di perak, UMNO bukan main lagi nak jadi pahlawan melayu pertahankan istana. Di Terengganu apa cerita? Perlis apa cerita? Ni ke politik UMNO? phuiiiii.... Aku bukan la sokong istana memkhinzir buta, tapi kena la ikut adat. Korang tu "so called" pemimpin "melayu". macam ni budaya orang melayu? Mana polis yang menjaga kedaulatan undang2 di Terengganu bila istana dihina?

UMNO kata demo tu bukan budaya kita. Tapi bila UMNO penang, UMNO perak, UMNO Selangor, UMNO Terengganu berdemo, apa cerita? oo.... yang tak boleh tu demo lawan UMNO ke? Kalau demo untuk jaga kepentingan UMNO (oppsss kepentingan kepala2 UMNO) tak pe?

Hmmm... banyak lagi ni kalau nak tulis. Ni baru UMNO. Belum lagi MCA, MIC, Gerakan, DAP, PKR, PAS. Belum lagi pasal GERAK (dengar kata tok ketua GERAK tgh lobi nak jadi Senator). Lebih baik la aku tak payah join mana2 parti politik buat masa ni. Jadi pengundiberdaftar, sampai masa pi undi, cukup la. Letih nak layan korang berpolitik ni. Kalau pun nak join, aku join parti sabun dan parti vitamin je lah, kwang3. Parti tupperware lambat sikit boleh buat duit (kawan aku tu, jangan marah ek... heh he he..)

Nak berpolitik, korang berpolitik la. Tapi ingat la sikit, bila dah terpilih jadi ketua, jadi MP, jadi ADUN, jadi EXCO, MB, KM, PM, TPM, Menteri, etc etc, semua tu amanah. Kena jawap depan Allah nanti, kena jawap jugak pada pengundi, pembayar cukai, masyarakat. Jangan ambik mudah. Tak kisah la korang apa agama pun, apa bangsa pun, elaun korang guna duit rakyat. Kalau salah guna, tunggu la nanti, tak boleh lepas punya lah. Belum mati lagi, korang dah boleh tengok apa jadi. Yang dah pencen tu, pencen je la. Kalau nampak apa yang silap, tegur. Kalau dulu pernah buat silap, mengaku je la, lepas tu minta maaf. Orang kita ni hati lembut, senang nak maafkan orang, tak kisah la apa bangsa pun. Tu la uniknya orang Malaysia ni. Aku ni bangsa Malaysia, sebab tu parti ikut pecahan bangsa melayu, India, Cina, Kadazan etc etc ni, aku tak berap minat sangat. Tapi, tak de la aku kata aku nak sokong PKR. Aku sokong yang baik untuk masyarakat. Aku ni kecik je, bukan besar macam korang semua. Tapi kena ingat la, yang kecik-kecik ni, bila bersatu, jadi lebih besar dari korang semua. Pegi la buat bancian, pengundi yang join parti politik dgn yg tak join parti politik mana yang ramai? sandiri mau ingat la kawan....

No comments: