Bila bab mungkin ni apa pun boleh berlaku. Bila noktah dah terasa seperti pasti, bila jalan terasa seolah dihujung, bukan lagi noktah itu yang penting. Tapi apa selepas noktah itu. Legasi apa yang ditinggalkan. Kadang-kadang untuk lihat legasi itu, noktah itu perlu dilupa sekejap. Bukan lah sebab zalim, atau sebab penting diri sendiri, tapi kena tahu lahjuga, legasi itu untuk apa dan untuk siapa. Kalau jalannya masib bercelaru, masih kabur, sebab tu yang difokusnya pada noktah, bukan pada legasi.
Yang jauh mungkin tertanya-tanya, bila bila dekat, tak buat apa-apa. Yang dikenang mungkin yang telah berlalu, tapi yang sekarang tak juga buat apa-apa. Mungkin ini lah namanya manusia biasa. Tapi manusia biasa bukan alasan untuk tidak buat apa-apa. Buatlah, sementara tenaga masih bersisa.
Tuesday, October 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment