Tuesday, October 28, 2008

Sikit pasal MB negeri asal aku...

MB Nizar buat kejutan di Pakistan

MB Perak, Nizar, turut meluangkan masa dengan berjalan-jalan di bazar awam untuk membeli belah dan sempat menjamu selera di tempat awam bersama rakyat Pakistan kelas bawahan.Keadaan ini cukup mengejutkan pemimpin gerakan Islam yang lain, kerana tidak ada dalam dunia hari ini, pemimpin besar sanggup membeli belah di tempat-tempat awam melainkan di shoping kompleks yang exklusif.

Mereka juga terkejut MB Perak datang ke Pakistan tanpa pengawal-pengawal peribadi ataupun diiringi oleh pasukan keselamatan.Mereka juga lebih terkejut bila diberitahu bahawa MB Perak menaiki pesawat kelas ekonomi ke Pakistan.

MB Perak telah menjadi tumpuan semua perwakilan gerakan Islam dunia. Ucapannya mendapat sambutan gemuruh oleh lebih 500 ribu rakyat yang berhimpun sejak 23hb lagi.Apatah lagi apabila ucapannya di selang seli dgn bahasa Urdu.Laungan Takbir kedengaran mengiringi ucapannya.

Biliknya di hotel sentiasa dikunjungi oleh pemimpin-pemimpin gerakan Islam dunia untuk bertukar-tukar fikiran dan pengalaman.Mereka terpesona bagaimana PAS sebagai kumpulan yang minoriti tetapi MBnya berjaya dilantik dari kalangan PAS.
Perbincangan lebih berkisar hubungan dua hala antara gerakan Islam Malaysia dgn gerakan Islam di tempat mereka dalam bidang kerjasama dakwah dan juga kerjasama ekonomi.

Andai dapat mengumpulkan separuh daripada 500 ribu manusia…

Setpol MB, Misbahul Munir yang turut mengiringi MB Perak ke Lahore , Pakistan telah sempat membisikan harapannya kepada Pengerusi PKR negeri Perak yang ikut berkunjung kesana, Tn Hj Ismail Yusof dengan berkata," Kalaulah PAS dan PKR berjaya menghimpunkan separuh dari 500 ribu manusia di setiap perhimpunan ; pasti sudah lama BN bungkus!”

Dilaporkan lebih 500 ribu rakyat Pakistan berhimpun sejak 23hb sewaktu ljtima Jamae Am di Lahore, Pakistan dimana kehadiran Muslimatnya sahaja mencecah 80 ribu.“ Ijtima yg diadakan cukup berdisiplin dimana dari awal mereka datang dan hanya apabila majlis berakhir barulah mereka bersurai.

Mereka berhimpun bukan didewan yang nyaman, sebaliknya di padang yag luas dan dibumbungi oleh khemah-khemah. Peserta dan pemimpin semuanya tidur, makan dan solat di tempat Ijtima. Bukan dihotel-hotel,” jelas Misbah.Mereka amat menghormati tetamu dan meladeni keperluan kami dengan cukup sempurna.

Kami , wakil-wakil gerakan Islam dunia telah ditempatkan di hotel dan apabila kami menawarkan diri untuk turut tidur di khemah, mereka menjawab, “ Kamu semua adalah tetamu kami, haram hukumnya jika kami tidak menghormati kamu,” kata mereka.

Agak malang sikit bagi kami kerana resolusi Ijtima tidak dapat diketahui kerana resolusi dan majlis penutup disampaikan dalam bahasa Urdu yang tidak diterjemah.

copy & paste dari blog Ustaz Mibahul Munir Masduki, SETPOT MB Perak tanpa kebenaran.
(misabah.blogspot.com)

No comments: