Ini lah besarnya kuasa Allah yang Maha Esa. Rancangan teliti dah dibuat (teliti?, heh he), persediaan awal dah dibuat, tapi bila sampai masanya, adalah beberapa "leader" yang rasa mereka juga lebih tahu yang lain, yang juga ingin jadi "leader" untuk sesuatu yang mereka belum tahu.
Tak pe lah, bagi lah mereka sedikit kredit, untuk mereka terus bernafas. Walaupun pada awalnya mereka langsung tidak mahu ikut, tapi last minute pulak nak ikut. Dah tu, nak terus jadi "leader" (leader ke macam tu? ha ha ha ha....).
Allah lebih mengetahui. Malam tadi, sewaktu terjaga dari tidur, terbayang betapa besar Rahmat Allah untuk semua ini. Mereka menunjukkan diri mereka yang sebenar, yang selama ini mereka cuba tutup. Manusia merancang, Tuhan juga merancang, dan perancangan Tuhan itu jauh lebih besar. Dan untuk dua hari yang lepas, mereka menunjukkan siapa mereka. Akhirnya, mereka bakal terlepas, apa yang bukan untuk mereka.
Janji Allah itu benar dan Allah beri pada mereka yang Allah pilih. Manusia hanyalah perantara sahaja. Bukan tugas manusia untuk mengubah manusia, tapi tugas manusia untuk memberi tahu apa dia tahu dan mencari tahu apa yang dia tak tahu.
Bulan depan satu lagi program dirancang. Semoga kali ini, perancangan "teliti" ini, dapat dilaksanakan sepenuhnya. Mungkin juga kali ini, perlu terus saja pada subjek, seperti perkongsian dengan anak-anak, yang tidak boleh cakap 2 itu adalah apakah jawapan bila 1 dicampur satu, tapi dua itu adalah dua.
Namun seperti juga yang sebelumnya, perancangan ini dibuat oleh manusia, dan yang akan menentukan akhirnya nanti, tetap Yang Maha Esa. Manusia akan dapat apa yang "diluluskan" untuk mereka. Tanpa kelulusan, pasti nya mereka tak akan dapat.
Sekarang ni, fokus saja pada apa seterusnya, bukan apa yang telah berlalu. Cakaplah apa pun, yang lepas tu, dah tak boleh diubah lagi. Cakaplah apa pun, yang lepas tu, dah tak mampu nak kembali semula. Mereka dapat apa yang mereka minta, dan yang penting, apa pula yang diminta seterusnya?
January lebih mencabar. February juga begitu, March dan seterusnya juga begitu. Manusia boleh saja bercakap apa sahaja, tapi bila diletakkan semuanya sekali, mampukah mereka terus menyorok? :-) heh he... Allah lebih tahu dan DIA menunjukkan apa yang DIA mahu tunjukkan. Bersyukurlah dengan apa yang ada dan bergeraklah kehadapan, bukan kebelakang!!
Monday, December 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
Tell them that "“You cannot be a leader, and ask other people to follow you, unless you know how to follow, too.” I didnt say that but Sam Rayburn did :-)
Post a Comment