
Projek yang sedang berjalan, dengan izin Allah, mula menampakkan jalan yang makin bercahaya, mula nampak arah yang makin jelas, mula nampak banyak tapak-tapak mula menjejak. Begitu pantas jika Allah izinkan, dan begitu sukar rasanya, jika Allah belum "luluskan". Tugas manusia terus berusaha, terus berjalan dan terus mencari. Ganjaran atas usaha, bukan hasil. Itulah hebatnya Yang Maha Pengasih, berbanding manusia yang memberi ganjaran atas hasil, bukan usaha. Lantas, manusia membuka ruang untuk "niat menghalalkan cara".
Bukan untuk terlalu gopoh atas apa yang baru berputik, tapi rasanya benda yang baik tidak perlu ditunggu lama. Modus operandinya tetap sama, cuma mungkin kali ini, jalan ini perlu lebih berhati-hati. Tentu ada lubang dan jalan tidak rata dihadapan, tapi lubang yang telah ada, turun naik yang telah ada, tinggi rendah yang telah ada, kenapa perlu diulang siar?
Yang telah sedia ada ini, mungkin elok mereka dengan jalan yang mereka telah pilih. Doakan saja mereka berjaya, dan teruskan dengan usaha yang ada. Projek baru ini lebih seronok, lebih mencabar, lebih banyak "roller coaster" nya. Mungkin teamnya perlu yang baru, yang ingin sekali hidup dengan roller coster ini. Impian ini telah lama terpendam, mungkin ini masanya untuk memulakan langkah ini.
Soalnya, siapa yang akan berada digaris mula. Yang dulu, biarkan mereka dengan kisah mereka dahulu. Yang ini, perlu ada yang ingin melihat dunia ini dengan lebih luas, yang kerjanya lebih banyak dari cakapnya, yang fikirnya hanya untuk melihat kejayaan, yang hatinya keras bila berhadapan cabaran, tapi lembut bila berhadapan ketentuan Tuhan. Menarik sekali projek ini, lebih menarik dari apa yang telah ada.
Ini baru langkah mula, baru nak menuju garis permulaan, belum pun lagi bermula, makanya, "blue print" itu perlu disiapkan dulu. Yang dulu perlu dikemaskan lagi. Supaya nanti, yang berputik itu, terus menguntum segar, yang baru nak membenih ini, terus hidup membesar. Tak perlu ramai, tapi perlu yang jelas apa yang dicari.
Kali ini bukan lagi LRC atau LEC yang menjadi taruhan, bukan juga LRS atau program 3 bulan. Kali ini, untuk apa hidup ini, siapa diri ini, kemana langkah ini, dengan siapa perlu berlari bersama, untuk apa semua ini... Ada lebih banyak soalan perlu dijawap. Kontroversinya mungkin makin bertambah, tapi siapalah aku tanpa kontroversi? Makin banyak hati yang mungkin terluka, tapi siapalah aku kalau tiada yang terluka? Makin banyak masa untuk bekerja berbanding masa untuk tidur, tapi siapalah aku kalau tidurnya lebih.
Semalam ada yang bertanya team untuk apa? Dia dah terkeluar dari team yang sedia ada, mungkin ada baiknya dia masuk kesini? Mungkin juga, itupun kalau dia mampu melihat dunia ini dengan lebih besar dan lebih terang. Kalau hidupnya masih begitu, mungkin dia perlu lebih bersedia, kerana projek ini, menuntut pengorbanan yang jauh lebih besar. Ini bukan soal kroni, atau keluarga, atau manusia penting dalam perjalanan singkat ini. Ini soal kemanusiaan, soal perjuangan memartabatkan nilai yang baik, soal mencari erti hidup yang lebih besar. Kalau setiap ketikanya hanya melihat yang kecil-kecil, klau hidup tak boleh diteruskan tanpa dia disisi, kalau asap menjadi teman dikal sunyi, mungkin mereka masih ada ruang untuk diperhalusi, apakah mereka bersedia untuk menjuarai perjalanan ini.
Masa makin singkat untuk terus berilusi. Yang ini perlu diteruskan juga, insyaALlah. Kali ini, tentu hidup lebih menaraik :-) Anyone?

No comments:
Post a Comment