Monday, February 16, 2009

some info for next project

Some info for next project.


STATISTIK
Daripada sejumlah 4.1273 juta tenaga kerja bumiputera, hanya 2.3% dalam kumpulan pentadbiran dan pengurusan dan 12.4% dalam kumpulan perofesional dan teknikal. Yang besarnya ialah dalam kumpulan pekerja pengeluaran (29.1%), pekerja pertanian (23.9%), perkerja perkhidmatan (12.4%) dan perkeranian (12.2%). Ini diperkuatkan lagi oleh perangkaan golongan profesional bumiputera yang berdaftar (akauntan, arkitek, doktor, doktor gigi, doktor haiwan, jurutera, juruukur dan peguam) yang masih kecil (lihat Jadual 6) iaitu sekitar 33% berbanding 67% bangsa-bangsa lain (yang mana Cina 52.4%).

Agihan Kekayaan

Menggunakan “ownership of share capital at par value of limited companies” sebagai pengukur, kekayaan negara milik bumiputera masih kecil, hanya sebanyak 19% (lihat jadual 7) milik individu dan institusi bumiputera dan 2% lagi milik agensi amanah. Milik bukan bumiputera ialah 43%. Ini memperlihatkan jurang masih besar dalam agihan kekayaan antara kaum.
Walaupun tidak ada perangkaan, adalah dirasakan jurang perbezaan kekayaan intra-bumiputera adalah lebar kerana dari segi pelaksanaan jelas dapat dilihat bahawa ada tendensi ke arah mewujudkan segolongan “kecil orang kaya bumiputera.”

Ketidakstabilan Ekonomi

Di kemuncak segala ini ialah tanda ketidakstabilan ekonomi. Dengan perubahan struktur ekonomi dari dominan pertanian kepada dominan perindustrian dan dengan mempelbagaikan barangan eksport, diharapkan keterdedahan ekonomi kepada turun-naik harga dan permintaan antarabangsa akan dapat diminimumkan. Ini adalah kerana harga barang industri dikatakan lebih stabil berbanding harga barangan pertanian.

Namun, ini tidak berlaku. Dahulu, ketika ekonomi dikuasai sektor pertanian, ekonomi negara amat terdedah kepada turun-naik harga pertanian yang begitu ganas sehingga Malaysia mendapati sukar untuk mengemudi dan mengurus ekonominya sendiri. Kini, setelah ekonomi dikuasai sektor perindustrian, keadaan masih tetap tidak berubah ekonomi negara masih terdedah kepada keganasan turun-naik harga dan permintaan antarabangsa.

Misalnya, berlaku ketidakseimbangan dalam akaun luar negara dengan defisit perkhidmatan yang kronik. Krisis matawang dan pasaran saham yang melanda yang mana telah menjerumuskan ekonomi ke kancah kegwatan ekonomi yang paling teruk dalam sejarah negara adalah bukti yang menunjukkan asas ekonomi kita masih rapuh.

Adalah dijangkakan prestasi dasar agihan mungkin terjejas oleh kegawatan ekonomi. Lagipun, memandangkan usaha hari ini dan dalam tempoh 2-3 tahun yang akan datang akan ditumpukan kepada pemulihan ekonomi, tanda-tanda sudah kelihatan bahawa polisi agihan akan dikesampingkan

more info:
http://temanteras.wordpress.com/statistik/

No comments: