
Panas kat dunia dan negara ni nampaknya masih berlangsung, belum nampak tanda-tanda akan sejuk dalam tempuh terdekat ni. Dalam negara, makin menjadi-jadi panasnya. Dua bukit dan satu batang akan bertambah panas mulai ahad nanti. Di ibu kota telah mula panas sejak selasa lepas. Dan banyak lagi kepanasan-kepanasan local dan global yang terus tanpa nampak hujan dan gerimisnya.
Dalam dok panas tu, apa kata kalau sejukkan sikit dengan beberapa pekara mudah. Malam nanti, bangun pukul 3 pagi dan mengadaplah Yang Maha Agung dan mohonlah jalan yang lurus untuk diikuti. Tak susah sebenarnya nak turunkan suhu dunia ni. Tak perlu bergelap sejam hujung minggu ni. Cuma perlu cerahkan hati dan jiwa dimalam yang gelap untuk sejukkan dunia.
Ada yang masih tenggelam dengan kisah rumah tangga yang belum siap tangganya tapi telah masuk rumah secara suka-suka yang tak ikut tangga yang betul. Kalau lah jatuh, dan cedera, susah nanti. Tapi, itulah hebatnya manusia. Suka bila kisah sangsi dan sangkut ini, berjalan dan terus berjalan tanpa jatuh. Hingga lupa, untuk manusia akhir zaman ni, Tuhan lambatkan hukumanNya dikemudian hari, dan Tuhan tak nampakkan marahNya secara nyata. Tapi, bukankah ada hati, ada jiwa dan ada akal, kalaupun tak tebal Imannya, untuk melihat sendiri bila lampu hijau dan bila lampu merah. Apakah telah buta warna kita ini?
Ada juga yang bersemangat nak membela nasib anak bangsa. Ada juga yang bersemangat nak buat program untuk manusia. Ada yang bersemangat nak buat macam-macam. Aku suka orang yang bersemangat ini. Tapi bila di uji sikit saja, dah terkehel. Nak capai bulan dan bintang, nak bina gunung dan bukit, tapi soalnya, bila diminta angkat seketul pasir pun tak mampu, macam mana nak buat tembuk besar menahan ombak dan badai? Cakap memang senang, tapi bila nak buat, mula lah terkebil-kebil. Hidup ni bukan sekadar bercakap, tapi bak kata CheGu Bard, perlaksanaan kata-kata.
Tak guna kalau sekadar cakapnya berdegar-degar, cadangannya hebat-hebat, programnya putih bersih, semuanya nampak ideal diatas kertas, tapi perlaksanaan apa pun tak dak. Apa guna sekadar cadang, datang, tapi yang lainnya masih macam yang dulu-dulu jugak. Apa gunanya bercakap soal tangga orang lain kalau tangga sendiri masih belum siap sepenuhnya? Manusia jenis ini, otaknya bijak, cakapnya hebat, tapi dalamnya masih kosong macam yang selebihnya diluar tin itu.
Ada kalanya, peluang terbentang didepan mata untuk melihat sesuatu yang lebih jauh dan indah, penuh liku tapi juga penuh ilmu, namun peluang itu dibuang begitu sahaja, hanya semata-mata kerana "mereka tidak menyokong saya"... Kesian dengan mereka ini. Kesian kerana mereka bercakap, mereka berfikir, mereka ada ilham dan idea, tapi mereka berhenti disitu, tanpa mengotakan cakap mereka, tanpa memilih untuk menghasilkan hasil yang mereka perlu hasilkan, tapi mereka terus mereka cipta alasan untuk justifikasi hasil yang tak berhasil itu...
Tak mengapalah, ada ramai lagi selepas ini. Pasukan ini perlu juga disiapkan, walau pun mereka ini menolak, mereka yang lain, pasti menerima, insyaAllah. Ya Allah, mohon diperkenankan doaku, untuk mencukupkan pasukan ini pada masa sebaiknya untuk hambaMu ini dan untuk hamba-hambaMu yang menginginkan yang baik. Amin.

No comments:
Post a Comment