Tuesday, March 24, 2009

Memohon dan Berjanji.... ikhlaskah kita?

Setiap hari, ramai yang bersolat. Mereka yang menerima hukum Allah bersolat, dan mereka yang menentang hukum Allah juga bersolat. Mereka yang mecari takwa bersolat, mereka yang bangga dengan maksiat juga bersolat. Mereka yang ikhlas bersolat, mereka yang menunjuk-nunjuk juga bersolat.

Namun berapa ramai yang faham erti solat serta faham apa yang diungkapkan ketika bersolat? Berapa ramai yang faham solat itu mencegah kemungkaran? Berapa ramai yang mendapat manfaat dari hikmah pencegahan kemungkaran melalui solat ini? Berapa ramai pula yang bersolat hanya ketika solat itu dimajliskan?


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Al-Fatihah
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Penghormatan dan kesejahteraan (Tahiyat)

ﺃﻟﺘﺤﻴﺎﺕ ﺍﻟﻤﺒﺎﺭﻛﺎﺕ ﺍﻟﺼﻠﻮﺍﺕ ﺍﻟﻄﻴﺒﺎﺕ ﷲ
At-tahiyyatul mubarakatus solawatut toyyibatu lulillah
Segala kehormatan, keberkahan, shalawat, dan kebaikan adalah milik Allah

ﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﻠﻴﻚ ﺃﻳﻬﺎ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﻭﺭﺣﻤﺔ ﷲ ﻭﺑﺮﻛﺎﺗﻪ
As-salamu 'alaika ayyuhannabiyu warahmatullahi wabarakatuh
Semoga keselamatan bersama engkau wahai Nabi, dan juga rahmat Allah dan barakahnya

ﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﻠﻴﻨﺎ ﻭﻋﻠﻰ ﻋﺒﺎﺩ ﺍﷲ ﺍﻟﺼﺎﻟﺤﻴﻦ
As-salamu 'alaina wa 'ala 'ibadillahis solihin
Semoga keselamatan menyertai kami dan sekalian hamba-hamba Allah yang saleh.
Penyaksian (Syahadah)

ﺃﺷﻬﺪ ﺃﻥ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﷲ
Asyhadu anl laa ilaaha ilallah
Aku bersumpah/bersaksi bahawa tiada tuhan (atau sembahan) selain Allah

ﻭﺃﺷﻬﺪ ﺃﻥ ﻣﺤﻤﺪﺍ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ
Wa asyhadu anna Muhammadar rasulullah
Dan aku bersumpah/bersaksi bahawa Muhammad pesuruh Allah

Selawat kepada nabiMuhammad dan keluarga

ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺻﻞ ﻋﻠﻰ ﻣﺤﻤﺪ
Allahumma salli 'ala Muhammad
Ya Allah, berikanlah selawat kepada Muhammad

ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻝ ﻣﺤﻤﺪ
Wa'ala aali Muhammad
Dan kepada keluarga Muhammad

ﻛﻤﺎ ﺻﻠﻴﺖ ﻋﻠﻰ ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢ
Kama solaita 'ala Ibrahim
Sebagaimana Engkau memberikan selawat kepada Ibrahim

ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻝ ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢ
Wa'ala aali Ibrahim
Dan kepada keluarga Ibrahim
Keberkatan kepada nabiMuhammad dan keluarga

ﻭﺑﺎﺭﻙ ﻋﻠﻰ ﻣﺤﻤﺪ
Wa baarik 'ala Muhammad
Ya Dan Engkau berikanlah keberkatan kepada Muhammad

ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻝ ﻣﺤﻤﺪ
Wa'ala aali Muhammad
Dan kepada keluarga Muhammad

ﻛﻤﺎ ﺑﺎﺭﻛﺘﺎ ﻋﻠﻰ ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢ
Kama barakta 'ala Ibrahim
Sebagaimana Engkau memberikan keberkatan kepada Ibrahim

ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻝ ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢ ﻓﻲ ﺍﻟﻌﺎﻟﻤﻴﻦ
Wa'ala aali Ibrahim fil 'alamin
Dan kepada keluarga Ibrahim dalam dunia ini
Penutup(Pujian bagi Allah)

ﺇﻧﻚ ﺣﻤﻴﺪ ﻣﺠﻴﺪ
Innaka hamiidum majiid
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi

No comments: