Semalam dapat berita ada seorang rakan lama telah kembali kerahmatullah. Alfatihah untuk beliau. Disinilah berakhirnya kisah beliau di bumi Allah ini. Lepas ni, kisah lain pula. Pelaburan besar beliau dalam menyampaikan ilmu kepada orang lain, antara yang paling ketara dalam khazanah tinggalan beliau di muka bumi ini. Semoga itu merupakan pelaburan beliau yang diterima Allah dan dividennya terus dikecapi hingga bumi ini berakhir. Besar sekali pelaburan beliau, kita bagaimana?
Sempat ziarah beberapa orang rakan semalam. Berbual panjang tentang apa kita nak capai dalam 5 tahun dari sekarang. Menarik. Pelbagai perancangan diberikan, pelbagai impian di kongsi bersama. Tak kurang juga yang masih dengan sikap "sederhana orang kita" Asalkan dapat makan, pakai, sudah lah. Ini pendapat masing-masing, kena hormat pendapat mereka. Kalau mereka nak terus hidup begitu, kita tak boleh ubah hati mereka. Kita tak boleh minta mereka ikut apa kita mahu. Kita tak boleh tukar sikap mereka, tak boleh paksa mereka ikut cara kita kerja. Tapi kita boleh sediakan satu suasana untuk mereka berubah.
Pokoknya, mereka perlu berubah. Ramai dari kawan-kawan ni, mereka nak tengok kita berubah, barulah mereka akan pertimbangkan sama ada mereka nak berubah atau tidak. Ini lah namanya manusia, susah sekali nak berubah. Itupun kalau kita cakap berubah dari yang tak baik kepada yang baik, atau yang baik kepada yang lebih baik. Senangnya, kita sajalah yang beubah. Apa sahaja kita nak capai, bila saja matlamatnya, kita perlu berubah. Perkataan ni memang senang nak ucap, tapi susah nak buat.
Bila tanya bila nak berubah?
Jawapannya, bila tiba waktu.....
Friday, January 28, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment