Tahun baru menjelma lagi. Tahun lama berlalu lagi. Ramai yang tanamkan azam baru, ramai juga masih macam dulu. Ini lah kita, manusia. Kalau tak macam ni, bukan manusia namanya. Tirai 2004 ditutup dengan kisah Tsunami, satu kejadian yang hanya Penciptanya sahaja yang tahu kenapa ia di hantar. Mulanya di Acheh, dan ia merebak keseluruh Selatan Asia, hingga ke Afrika. Namun bukan semua yang kena. Seolah-olahnya, ada tempat yang dipilih untuk disinggahi Tsunami, dan ada tempat yang tidak disinggahi. Ada yang di pilih untuk hilang dengan Tsunami, ada juga yang di pilih untuk terselamat, ada yang dipilih untuk ajalnya dengan cara ini, jasadnya masih boleh di temui. Itu lah Tsunami, namun ia datang dengan arahan dariNya. Apa daya kita untuk melawan?
Tsunami bukan hanya sains, bukan hanya ombak besar, bukan hanya gegaran. Tsunami jauh lebih besar dari itu. Tsunami hanya menjalankan kewajipannya, seperti yang di arahkan oleh Illahi untuk menemui manusia. Yang bertakwa, untuk dijemput mereka ketempat yang lebih mulia. Yang kufur untuk dibawa mereka ketempat yang mereka cari sendiri. Ada juga cuma sebagai peringatan dan ada juga untuk mereka lebih kufur. Tsunami itu hanya menjalankan kewajipannya, Tsunami hanya ikut arahan. Kita yang masih hidup ini perlu fikirkan, dibahagian mana kesan Tsunami ini untuk kita. Kita kena pilih, untuk takwa atau untuk kufur. Kita kena pilih untuk cari jalan yang benar atau terus dengan teori manusia yang tak kunjung habis.
Tahun baru menjelma, dengan trauma Tsunami yang masih terus menghantui dunia. Dalam kerajaan minta semua pihak jangan ada pesta-pestaan dan gantikan dengan majlis doa, masih ada yang terus seronok-seronok. Melaka tak belajar dengan musim tanpa hujannya, terus dengan konsert-knosertan nya. Apa jua alasan ketua negeri itu, konsert itu tetap maksiat. Serbuan di kelab malam, terus menangkap mereka yang ambil dadah dan minum-minum. Orang kita terus lupa pada amaran Ilahi. Terus peluk-peluk, terus cium-cium, terus maksiat-maksiat. Semalam baru seorang teman mengkisahkan seorang bapa yang di luarnya di hormati orang ramai, namun hidupnya terus seronok-seronok dengan gadis muda yang mongel dan bogel.
Tsunami melanda pantai di Asia Selatan, tapi kita tak pernah kisah. Pada kita Tsunami tak kena kita, sebab jauh dari pantai. Apakah kita telah lupa kisah Ribut Greg di Keningau, Sabah pada 2 pagi 26 December 1996? Apakah Keningau itu tepi Pantai? Kita lihat masjid kayu di Acheh terus kukuh sedangkan yang lainnya ranap. Apakah kita masih tak bokleh berfikir? Kesian jika ada yang masih tak boleh berfikir, begitu jauh sekali hidayah Ilahi padanya. Apakah hidayah itu boleh datang tanpa usaha? Tanya lah pada yang lebih tahu.
Tsunami dan Ribut Greg telah menjalankan tugasnya, tanpa sikit pun bantahnya. Ia datang tepat waktunya, pulang tepat waktunya, menyapa setiap makhluk ikut arahan, tanpan bantah-bantah. Yang gemar bantah-bantah adalah kita, makhluk terbaik yang punya akal, tapi akan jadi makhluk terhina, kalau akal itu cuma tinggal akal, tanpa iman.
Kita doa lah, agar Tsunami yang seterusnya, Tsunami iman dan tsunami amal, maka kita mohon untuk redha Ilahi, untuk kita dan saudara-saudara kita. Kerana kita masih ada sisa nyawa dan masa, untuk pulang ke pangkal jalan.
Tuesday, January 04, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment