Tuesday, January 11, 2005

Kawan-Kawan

Sekejap tadi sempat masuk web kawan-kawan alumni masa sekolah menengah dulu. Dah lebih 20 tahun tinggalkan sekolah, tapi masih ramai yang tak berubah. Kat luar sana mereka ni handal-handal dan hebat-hebat. Ramai yang dah jadi top man and lady kat dunia dan profesion masing-masing. Yang pensyarahnya ramai yang dah ada title Doktor @ PhD. Ramai yang dah jadi pakar, pengarah listed company pun ada, top engineer, arkitek akauntan, manager tu tok sah cakp la, berlambak, business sendiri pun dah ramai. Tapi yang masih strugle kat middle dan low level pun ada.
Yang bagusnya, RAMAI yang masih macam dulu, berkawan dengan semua, ikhlas, tak pilih bulu, tak kira pangkat dan jawatan. Cuma, bila berforom tu, ramai yang memilih utuk tidak berubah. Berbincang kat luar dengan circle of friends dalam profesyen masing-masing punya lah hebat. Bila borak-borak dengan kawan-kawan alumni, tak ubah macam 20 tahun dulu. Itulah kita, berubah sebab kerja, tapi kita sebenatrnya masih macam dulu. Inilah yang seronoknya kalau kita tak putus hubungan dengan kawan-kawan. Bukan semua yang macam ni, tapi yang sikit-sikit yang problem tu, namanya pun manusia. Biarlah dia. Kalau boleh tolong kita tolong la, kalau tak, dia la yang kena buat keputusan sendiri.
Sesekali jumpa kawan lama kita suka sekali berbincang those old good days. Kisah semasa cuma sikit-sikit. Ada baik dan ada juga kurangnya. Cuma, bila semua dah hebat-hebat ni, apa kata kita bina satu network yang kuat, lepas tu kita tolong satu sama lain, kemudian kita tolong saudara-saudara kita yang lin pulak. Ide dah ada, rancangan dah di buat, tapi again, itu lah manusia. sehebat-hebt kita, bila sampai bab kena BERUBAH, bukan semua terbuka pada perubahan. Kita mungkin hebat dalam dunia kita, tapi kalau minda kita cuma tahu pada kerja kita, apalah hebatnya kita ini ?
Sampai kat sini, barulah kita sedar, yang hebat dn Maha Hebat itu hanya Satu. Tak ada yang lain lebih hebat dariNya. Kita boleh cakap dan buat macam-macam, tapi kalau hati kita tak tahu nak bersyukur, kita tak tahu nak kembali kepada Ynag Maha Agung, kita tak akan kemana.
Tak perlulah mengeluh, kita buat lah apa yang kita perlu buat, bukan apa yang kita suka nak buat. Bila kita kaya, berjaya, dan dapat lebih dari yang lain, itu bukan semata-mata atas usaha kita. Berapa ramai kat dunia ni yang lebih rajin dari kita, tapi tak dapat apa yang mereka kerjakan. Kita dapat bukan kerana usaha kita semata-mata, tapi kerana kurniaan dari Ynag Maha Pemberi dan Maha Pengasih. Jang kita cakap, kita tak perlu tolong orang lain sebab kita dapat pun dengan usaha sendiri. Apa jadi kalau segala kurniaan kepada kita tu ditarik balik macam peristiwa Tsunami hujung tahun lalu? Siapa pula nak kita salahkan? Apa jadi kalau orang lain, pada masa itu, pada masa kita tiada dan mereka ada cakap pada kita, mereka dapat sebab usaha mereka. Jadi kalau kita nak, jangan minta pada mereka, usaha lah sendiri. Fikirkanlah rakan-rakan semua, ambil tindakan, tolong mereka yang memerlukan sebelum terlambat. Tsunami tu cuma satu contoh, ramai lagi mangsa 'Tsunami" yang lain dan mereka ada disekeliling kita.

No comments: