Lepas sembahyang tadi, sempat ziarah seorang kawan. Alang-alang dah dekat office dia, drop by just to say hello. Dia macam dulu jugak, sentiasa manis dengan senyum yang boleh menambat hati orang yang melihat. Dalam sekejap tu sempat bercerita beberapa orang yang sering menghubungi dia. Cuma ada juga nama-nama yang disebut tu, yang dia sendiri tertanya-tanya, jujur ke dia ni? Kenapa orang lain dia tak call kalau dia jujur menalipon semua rakan-rakan ? Macam-macam lagi persoalan yang timbul. Akhirnya, sempat pesan pada kawan ni, siapa saja yang call kita, bersyukurlah kerana kita masih ada kawan yang ingat pada kita, walaupun kita sentiasa sibuk dengan urusan sendiri. Setakat talipon tanya khabar apa salahnya. Cuma yang musyhkilnya, "kawan" ni bukan setakat talipon tanya khabar.
Hmmm... itulah manusia. Tak pernah serik. Tapi, namanya pun manusia.Kita ni kan ke insan dan insan itu sifatnya pelupa. Akhirnya, kawan ni lebih senang berbicara dengan kawan-kawan yang tak pernah talipon sebelum ini, atau jumpa bila ada hal penting, atau terjumpa dimana-mana. Katanya, kawan macam ni lebih jujur. Tak perlukan apa-apa dan tak minta apa-apa. Kalau nak ajak keluar minum pun, ajak sekali pasangan masing-masing. Tak timbul fitnah. Itupun, kalau masing-masing tak sibuk.
Terlalu subjektif bila berbicara soal jujur ni. Itu soal hati manusia, hanya Dia yang tahu. Kita cuma boleh agak, tapi kita sebenarnya tak pasti. Tapi, kalau kawan yang sentiasa cakap dia sibuk bila kita nak jumpa, tiba-tiba ada pulak masa hanya kerana kawan yang seorang ni, tak salah jika semua orang mula ada prasangka tak elok. Ditambah pula dengan cerita hidupnya yang tak berapa indah dan ditambah pula dengan kawan yang seorang ni yang mukanya sentiasa manis serta gaya nya yang sentiasa "menggamit" perasaan mata yang melihat.
Kawan yang seorang ni orang biasa, cuma cerita hidupnya mungkin perlukan sedikit perubahan, kalau tidakpun pembetulan. Dia orang baik, tutur katanya baik, manis mukanya, pandai dia bergaya, dia ramah, tak pilih kawan, dengan sesiapa saja dia boleh berkawan. Hidupnya selepas waktu pejabat, mungkin ambil masa untuk diubah. Jadi, tugas kita yang jadi kawan dia untuk bantu dia berubah. Namun, dia orang yang baik, mudah-mudahan dia akan dapat hidayah dariNya untuk berubah.
Kawan yang seorang lagi ada nama, ada sedikit kelebihan nyata yang tak ramai orang lain ada. Sekarang ni dia sedang diuji dengan pelbagai perkara. Mungkin ini ingatan dariNya untuk dia merenung kembali hidupnya dan mungkin juga peringatan untuk dia ubah cerita hidupnya. Bukan setakan dia, tapi seluruh keluarga terdekatnya. Tapi, belum nampak dia nak berubah. Pernah beberapa kali dia tertanya-tanya kenapa dia diuji sebegini hebat dikala ini. Bila dicadangkan jawapan dari kawan-kawan lain, dia cuba justify apa yang dia buat. Ini lah masalahnya. Kita ada masalah, kawan-kawan nak tolong, tapi kita cuma nak dengar dan ikut apa yang kita suka, bukan apa yang kita perlu dengar dan ikut.
Jadi bagaimana ya? Jujur ke kita ni?
Friday, January 14, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment