Tuesday, April 01, 2008

Manusia yang macam-macam

Semenjak dua menjak ni, terlalu banyak kisah menarik pasal manusia. Dari kisah pilihanraya, kisah orang menang dan kalah, kisah orang senang dan susah, kisah orang kaya dan miskin, kisah dan kisah yg tak habis2. Makin lama makin menarik kisah-kisah ni. Nak tulis semua, rasanya masih belum ada kemampuan. Setiap detik, pasti ada kisah menarik nak tulis.

Ni kisah seorang kawan. Kawan yg hebat tutur katanya, tajam mata penanya, kritis pemikirannya, tinggi kelulusannya, tak mampu nak tandingi gaya bahasanya dan sijil anugerah akademik bergulung2nya. Terlalu banyak boleh dipelajari dari manusia ini. Ni dari kategori manusia hebat yang bijak lagi pandai. Cakap lah apa pun, dia pasti boleh berfikir "dari sudut lain", yg membolehkan dia betul dan nampak betul.

Namun begitu, kadang2 dia lupa, yg manusia ni, bila Tuhan turunkan padanya kehebatan, Tuhan juga turunkan padanya sikit kekurangan, supa dia sentiasa ingat yg dia juga manusia, hamba Tuhan yg tidak sempurna. Sebab terlalu kritis, dia kadang2 lupa yg manusia ini perlu sentiasa berusaha, yg manusia ini jgn terlalu ingat kisah semalam sekadar utk bagi tahu kenapa aku tak boleh atau kenapa aku telah berjaya. Kadang2 dia yg "faham benar" semua kisah2 "mangsa" dan "jadi mangsa" org lain, hingga lupa banyaknya cerita dia cuma kisah2 "aku yg jadi mangsa".

Untuk kawan aku ni, mungkin kena sujud lebih sikit, kena kurang sikit victim story, kena lebih sikit terima diri sendiri seadanya, kena banyak sikit berkawan dgn manusia dan fahamilah yg buku itu juga ditulis oleh manusia yg macam kita, yg ada lebih dan hebatnya dan juga kurang dan lemahnya.

kalau kita rasa kita hebat, baguslah. Tapi kemana kita bawa kehebatan kita? Apa sumbangan kita pada manusia lain, bukan sekadar sumbangan akademik tapi sumbangan belaian rambut anak2 jalanan, senyum ikhlas pada pemotong rumput dan pemungut sampah, dan tolong cuci longkang dan bilik air masjid. Sumbangan yg org lain tak tahu, tanpa lensa kamera dan liputan wartawan, tanpa analisis pak profesor universiti dan doktor2 falsafah dan penyampah.

Kita bukan hebat dengan apa yg kita ada, tapi kita hebat dgn apa yg kita beri.

Ramai kawan2 kita yg lain, tak punya apa yg kawan yg sorang ini ada, tapi mereka tampak lebih hebat kerana mereka lebih banyak memberi tanpa org lain tahu, berbanding kawan ini yg punya lebih banyak dari yg diberi. Mungkin ini masanya untuk melihat semula, apa yg kita punya, semoga dapat kita nilai cukpkah apa yg telah kita beri. Cukuplah untuk jadi kritikal untuk semua yg org lain buat, sebab sekurang2nya kawan2 kita buat, ambil tindakan, memberi, berbanding kawan kita yg sorang ni, yg lebihnya hanya mengambil, menilai, analisa, kritik, hingga lupa untuk memberi. Apakah ini sebenarnya sistem pendidikan formal dinegara ini? Jika begini, memang menakutkan. Patutlah ramai org berkata, lagi tinggi kelulusan akademik manusia ini, makin singkat dan cetek pemikirannya bila bercakap soal manusia. Tak pula aku berani nak ia kan, atau nak tidakkan. Bergantung pada individu. Tapi untuk kawan yg sorang ni, mungkin betullah agaknya - kesiannnnnnnnnnnnnn.......

Untuk kawan yg lainnya, jgn patah semangat. Tugas kita, tanggungjawap kita, nilai kita, pada memberi, pada bersyukur bila diberi, pada memanjangkan silaturrahim, pada menyentuh hati manusia dan kulit tangan manusia dan rambut manusia, pada melihat mata dan hati manusia, dan pada sujud pada DIA YG MAHA ESA. kita sampai bila pun tak sempurna, tapi, bukankah kesempurnaan itu perlu juga dicari, sekurang2nya dalam konteks memberi, menerima, dan memberi semula. Kita punya apa yg kita beri, buka apa yg kita simpan. Kritikal itu bagus, tapi kritikal hanya untuk mencari silap dan lemah, maka kita nanti terjerumus pada alam penganalisa akademik yg cuma tahu cakap tapi tak pandai buat. Apa faedahnya nanti pada kita?

1 comment:

Anonymous said...

kome ni dah kawin ke ?