Cukuplah dengan apa yang berlaku. Sekarang ni masa untuk terus melangkah, dan pastikan langkah tu kedepan, bukan kebelakang.
Malam tadi ada banyak perkara "high energy" yang berlaku. Dari ALi yang resultnya diluar dugaan, SGM yang effecient dan banyak hasil hinggalah kepada perjalanan tengah malam untuk hantar barang. Ada kalanya, selepas banyak breakdown, breakthrough juga akan datang bertimpa-timpa.
Bila ada yang tak kena, ada yang tak berjalan, tak berhasil, tak perlu tengok orang lain. Tengok saja diri sendiri. Bukan boleh tukar sesiapa pun, tak boleh tukar cara pemikiran orang lain dan tindakan orang lain. Tapi, masih boleh ubah diri sendiri, ubah cara bekerja dan berkomunikasi, tak perlu tentukan apa yang orang lain perlu buat, hanya perlu buat apa yang boleh mendatangkan hasil, do something different. Cabaran ada dimana-mana sahaja, dan tukarkan saja cabaran tu pada pelajaran dan pengalaman.
Apa orang nak kata, katalah. Nak pula kalau yang banyak cakap tu cuma suka bercakap, nak sentiasa jadi betul, nak ikut cara dia walaupun dia tak nak ikut cara orang lain. Lantak dia lah, apa nak kisah. Kadang-kadang nyamuk ni kita jumpa sekali je, tak kan nak biar dia ganggu tidur dan hidup kita?
Ada juga kategori manusia yang buat dulu baru fikir. Sentiasa rasa dia lah yang paling bagus kat dunia, cakap lain buat lain, depan semua sayang, belakang semua hilang. Lantak lah. Bukan boleh tukar manusia pun. Buat lah apa dia nak buat. Lebih baik aku terus jalan, dari dok tunggu orang macam ni. "Suck my energy", kata Grace and I'm totally agree with it :-).
Well, hidup ni macam-macam. Dua minggu lebih sikit lagi ada WOW day LP129. Esok ada guest event, malam ni Center meeting, jadi MC lagi, then following week SGM tuesday, this saturday kat Putrajaya. hmmm... banyak lagi nak kena buat. Hidup ni singkat, terlalu singkat. Kalau dalam masa singkat ni nak dihabiskan dengan nyamuk dan lalat, takut nanti mati kena denggi. Kena ada insect repellent, kena pasang ubat nyamuk, pakai kelambu kalau perlu. Selebihnya, jalan terus kedepan, bukan tak de lopak dan bumper, tapi langgar je la kalau dah nak kena langgar.
Wednesday, July 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment