Monday, July 06, 2009

Some people just dont want to learn......

It had been many days and it had been many occasions. Some people just dont want to learn, refuse to learn, refuse to do something different and refuse to live in reality. Fantacy world is full of dreams, but reality people need to dream and take action and accept that what written on paper may or may not happen in this world :-).


Ada orang bagi tau benda kat atas tu. Panjang lebar dia cerita pasal hidup, pasal apa yang dia tempuh nun jauh dinegeri orang. Baca e-mail dia macam dengar cerita dia depan mata. Itulah hebatnya kawan ni bila bercerita.


Kisah-kisah macam ni berlaku dimana-mana. Mungkin ada masanya kita inginkan orang mendengar cerita kita, hanya mendengar, itu sahaja. Tapi itulah masanya tiada telinga yang sedia mendengar. Bukan setakat itu, tapi itu jugalah masanya, teling kita diperlukan :-).


Tak mengapalah, ada masanya perlu berkorban sedikit untuk yang bernama kawan. Untuk mendengar kisah-kisahnya. Mungkin pada ketika itu, dia lebih memerlukan telinga untuk mendengar, bukan memberi telinga untuk didengari. Ada banyak lagi masa lain untuk kisah sendiri didengari. Aku faham apa ditempuhinya selama ini, jadi biarlah dia bercerita. Apapun, yang diperlukan cuma "telinga" yang berbentuk mata, untuk membaca kisah-kisahnya di e-mail, bukan memberi telinga dihujung talipon.


Kisahnya tak habis disitu. Bersambung dari satu kesatu lagi. Tak semuanya dibalas, tapi dia tahu ada orang yang membaca. Dia tahu ada orang yang tahu kisah "pahitnya". Mungkin itu sudah cukup. Dia tak perlukan seseorang setia mengusap rambutnya, atau menyeka air matanya, atau merenung keanak matanya. Jaraknya tidak mengizinkan semua ini, keadaannya juga tidak mengizinkan semua ini. Lantas bait-bait tulisannya mungkin cukup untuk dia melepaskan sesuatu untuk teman yang dah lama dikenali. Mungkin ya, mungkin tidak. E-mail terakhirnya mungkin menyatakan dia telah lepaskan semua nya.


Hanya satu balasan e-mail ditengahnya, dan satu dihujungnya. Kalau itu sudah cukup untuk dia tahu ada yang membaca e-mailnya, cukuplah. Yang penting, e-mailnya sampai kepada mereka yang mengenalinya untuk sekian lama, walau telah lama juga tidak bertemu mata. Lagipun, "mechanic can be anything" :-). Dia faham semua ini, dia juga telah lalu perjalanan yang sama, walau keadaan yang berbeza.


Aku yang termenung sendiri. Mencari jalan seterusnya. Bukan mudah untuk memberitahu semua orang, tapi ada kalanya perlu juga untuk diberitahu. Hidup ini bukan setiap masanya indah, bukan setiap masanya cerah. Kadang-kadang bahu yang kuat itu juga perlukan tongkat untuk terus menanggung apa yang diatasnya. Kaki yang kuat itu juga perlukan kasut untuk memijak duri dan onak. Tangan yang kuat itu juga perluakan sarung untuk memegang besi panas dan kayu yang terbakar. Mata yang kuat juga perluakan tisu sebab asap terlalu banyak.


Kadang-kadang semua itu terasa kuat, bukan sangat sebab kuat, tapi ada orang lain yang lebih memerlukan, lantas terasa diri ini kuat sebab masih ada yang memberi kekuatan :-). Bila semuanya kembali tenang, baru terasa betapa lemah dan betapa hidup ini masih memerlukan tongkat, untuk terus berdiri. Tongkat itu ada, cuma mungkin lama tak digunakan, lantas terasa begitu janggal untuk digunakan.


Tak lama dari hari ini, satu lagi perjalanan perlu ditempuhi. Ini perjalanan hidup yang seterusnya. Hasilnya bukan lagi bikinan sendiri, tapi hasil dari penghasilan orang lain. Bolah jadi apa sahaja perjalanan ini. Yang penting, tempuh lah apa sahaja yang mendatang. Tak perlu tahu bagaimana, cuma perlu jelas apa dan kenapa. Perjalanan ini menarik. Tiada masa untuk berkata, terlalu sukar atau terlalu remeh, tapi perlu juga untuk menyatakan yang besar itu besar, yang panas itu panas. Bukan boleh semuanya tak apa, tapi boleh juga untuk meneruskan apa sahaja.


Perjalanan ini pilihan sendiri, hidup ini juga pilihan sendiri. Jadi pilihlah apa yang penting untuk diri sendiri. Hidup didunia ini bukan sendirian, cuma kadang-kadang terlalu memilih jalan dan lorong. Tidak salah memilih, tapi jangan pilihan itu menjadi hanya satu, sebab Tuhan sentiasa sediakan jalan yang banyak, untuk destinasi yang satu.


Kawan, aku tau kau tak faham apa yang aku tulis, sebab tulisan ini tulisan aku, bukan bahasa engkau. Tapi doa aku tetap bersama, harapan aku juga tak pernah padam, satu hari nanti kau akan tahu, kenapa jalan hidup begini yang aku pilih. Aku tak pernah kata aku yang terbaik untuk semua ini, tapi aku juga tak pernah minta untuk semua ini terus berlaku :-). Hidup ini hebat, sebab itu doa kita pada Illahi. Dan mungkin ada diantara doa-doa kita yang dimakbulkanNya, maka terjadilah hidup kita ini sebegini. Mungkin juga ada dosa-dosa kita yang sedang dihapuskan maka sebab itu kita diduga sebegini.


Kita ni manusia yang cuma merancang dan berusaha, namun yakinlah, Tuhan sentiasa memberi apa yang terbaik untuk kita. Kita tidak diduga dengan sesuatu yang melebihi kemampuan kita. Maka bersyukurlah diatas semua dugaan ini, kerana lebih besar dugaan, maka lebih besar kekuatan yang Tuhan beri kepada kita. Illahi itu Maha Pengasih, Maha Penyanyang, maka teruslah yakin padaNya. Kita hanya perlu teruskan perjalanan ini, walaupun akhirnya nanti kita merasakan kita berjalan bersendirian. Bukankan Tuhan itu Maha Mengetahui akan diri kita?

No comments: