Tuesday, August 09, 2005

Realiti TV dan Realiti Kehidupan

Terlalau banyak yang diperkatakan tentang realiti TV. Dari yang menyokong, yang sekadar menjadi penonton hinggalah kepada yang menentang. Semuanya datang dengan pendapat masing-masing.
Aku bukan ahli dalam bidang hiburan, jadi aku tak nak komen pasal kualiti atau siapa patut menang. Aku juga bukan ahli agama atau ahli politik, jadi aku tak nak komen dari sudut hukum (Mufti dah bagi hukum, jadi tak perlu pertikai lagi), dan ahli politik juga dah bagi pendapat mereka. Aku nak bagi pendapat dari seorang manusia biasa, seorang rakyat Malaysia yang hanya inginkan negaranya maju dan rakyatnya juga maju dan aman damai.
Ramai yang menentang program realiti TV, termasuk lah AF, MI dan pelbagai lagi. Pelbagai hentaman diberikan. Dari penulisan di media, siber, kedai kopi, rumah-rumah, seminar, mesyuarat hinggalah ke mimbar-mimbar masjid. Aku tak kisah apa pendapat mereka.
Memang seronok sesekali dapat hentam orang lain, sebab itu dah jadi lumrah hidup manusia. Yang aku nak tanya mereka ni, apa yang mereka dah buat untuk melawan arus kebangkitan dan kegilaan realiti TV ini?
Cukup ke dengan hanya menghentam dari mimbar-mimbar masjid, pentas ceramah, internet, surat khabar? Setakat itu sahajakah keupayaan kita nak melawan benda-benda salah ini? Tak adakah kemampuan kita untuk bertindak selain dari cara itu? Kalau setakat mengatakan itu salah, ini tak betul , anak aku pun boleh cakap. Yang kita mahu sekarang ini, kalau realiti TV itu tak betul tak bermoral, apa yang kita dapat tawarkan kepada remaja dan golongan muda upaya mereka tak tengok realiti TV dan mereka berhibur dan hidup ikut acuan yang kita mahu? Mana hiburan alternatif untuk mereka? Ingat, mereka itu muda dan yang muda itu sukakan hiburan (yang tua juga sukakan hiburan, tapi tidaklah sefanatik yang muda).
Ramai yang salahkan kerajaan dalam soal ini. Aku tak pernah pertahankan kerajaan bila dia buat salah. Tapi yang aku semakin letih dengan beberapa pihak ini, bila mereka ambil jalan mudah. Terlalu banyak alasan diberikan untuk justify apa yang mereka sendiri tak mampu nak buat dan mungkin juga malas nak buat. Apakah mereka ini tak baca sirah Rasullullah dan kisah para sahabat? Bayangkin jika Rasul dan para pejuang dulu-dulu bagi alasan bahawa penntangan dan tekanan itu terlalu kuat, hingga mereka tak mampu nak perjuangkan kebenaran. Apa akan jadi pada kita sekarang ini? Jangan kan Islam, merdeka pun kita tak dapat.
Kalau kita benci hiburan yang melalaikan, apa tindakan kita untuk bawa masyarakat kepada hiburan yang tak melalaikan? Jika benci maksiat, apa tindakan kita untuk melawan maksiat? Pentas ceramah dan mimbar masjid tu tak cukup, sebab mereka yang suka hiburan ini tk berminat dengan cara itu. Apa salahnya turun padang, jumpa mereka, berkawan dengan mereka, pakai kasut mereka, selami hati mereka.
Aku bukan orang politik, bukan ahli agama, bukan orang seni, bukan activis masyarakat. Aku adalah aku dan aku ni sebahagian dari masyarakat. Kawan-kawan aku dari yang lulusan al-Azhar hinggalah kepada lulusan sekular sepenuhnya, yang bijak hinggalah kepada yang masih tak tahu membaca, dari yang ahli masjid hinggalah kepada GRO dan pelacur kelas atasan. Apa yang pasti, rata-rata mereka ini nak jadi baik, tak kiralah siapa mereka. Kenapa aku dapat berkawan dengan mereka, kerana aku nak berkawan dengan mereka dan aku tak jijik dengan mereka. Aku masih lagi aku, tak terjebak dengan sesiapa. Aku tunaikan kewajipan aku dan aku berkongsi apa yang aku mampu. Aku tegok AF sesekali untuk tahu apa yang terjadi, aku kemasjid nak dengar ilmu, aku tanya ustaz bila aku tak tahu, aku tanya GRO kenapa mereka jadi begitu. Aku dapat tahu semua ini, dan aku terus jadi aku.
Aku boleh bagi alasan, buat apa sibuk-sibuk tulis benda ni, buat apa nak berkawan dengan GRO, buat apa susah-susah trace kawan-kawan aku yang dah terlanjur jauh dari norma-norma kehidupan yang sepatutnya. Kan lagi senang aku cuma teruskan hidup dengan keluarga aku.Petang-petang lepas kerja, pegi masjid, lepas isyak aku boleh balik rumah, kan ke senang?Tapi, aku takut tak ada jawapan dipadang Mahsyar nanti. Terlalu banyak yang aku belum buat, hingga aku takut nak berdepan dengan Pencipta aku nanti.
Aku cuma boleh terus berusaha, teruskan apa yang aku buat dan aku percaya apa yang aku buat ni benda betul. Aku dah semakin letih dengan retorik dah semakin muak dengan ceramah yang tidak diikuti dengan tindakan. Aku letih dengan teori, letih dengan alasan dan letih dengan cakap-cakap, tapi semuanya kosong, tak ada tindakan konkrit. Kalau ditakdirkan aku perlu berseorang dengan cara aku, akau tetap aku dan aku tetap tak akan pandang belakang. Semoga Allah tetapkan iman dan iltizam aku. Aku hanya nak jadi baik dan bawa kawan-kawan aku jadi baik, setakat yang aku mampu.

No comments: