Ini soalan yang kawan aku tanya malam tadi, kemana kita selepas ini? Aku jawap, lepas ni, kita kealam kubur lah, mana lagi? Senang je jawap tu, tapi tak senang sebenarnya nak kesana.
Tapi sebelum kita nak kekubur, perjalanan kita masih panjang lagi didunia ini. Walaupun usia kita dah tinggal lagi dua minit, tapi kalau benih dah ditangan, kena tanam juga benih tu. Kalau pun kita akan mati lagi dua juta tahun, sembahyang isyak yang tamat menjelang subuh nanti, elok la kita buat sebelum pukul sembilan malam. Takut bila makin tengah malam, makin mengantuk pulak kita. Ini lah jawapan sebenar aku untuk soalan kat atas tu. Yang lain tu aku tak berapa pasti sangat.
Jawapan bergantung pada apa yang kita faham tentang soalan tu. Aku tanya sorang adik muda yang ada ijazah tapi tak de kerja, apa buat lepas habis belajar ni? Dia kata, buat resume, mintak kerja. Sementara nak dapat kerja? Duduk rumah je lah. Senang nya orang muda tu. Tak de inisiatif untuk buat benda lain. Aku kesian kat dia. Mungkin keluarga dia agak senang, so dia tak payah susah-susah nak cari kerja sambilan untuk tampung keluarga, sementara nak dapat kerja tetaop. Kesian sebab dalam dia ada banyak waktu, dia cuma keluar rumah jumpa kawan-kawan, cari kerja dan lepak-lepak. Ini pengakuan dia sendiri. Aku cuba bagi dia idea apa yang dia boleh buat. Tapi dia cakap dia punya kelulusan bukan untuk buat apa yang aku cakap kat dia tu. Dia nak kembangkan karier dia dulu. Aku cuma boleh bagi nasihat kat dia, langit tu kalau pun panas terik, hujan bila-bila boleh turun. Kalau pun dah hitam awannya, belum tentu awan boleh turun.
Salah dia ke? Aku rasa ye dan bukan. Salah dia sebab aku rasa kalau dah mampu ada ijazah dan tak mampu nak fikir masa depan sendiri, lebih baik buang je ijazah tu. Bukan salah dia sebab dia kata ibu bapa dia tak bagi buat benda lain. Kena kerja ikut kelulusan dia, nanti apa pula kata kawan-kawn ibu bapa dia yang semuanya 'high class tu'.
Kesian kat dia... dah ada ijazah, tapi pemikiran masih macam budak sekolah lagi. Kenapa macam ni sekali terjadi kat adik muda ni? Mungkin persekitaran dia persekitaran orang-orang yang pasif dan tak mahu 'berjuang' untuk bina empayar hidup mereka kot. Mereka lebih rela jadi kuli orang lain hingga mati, tapi tak rela untuk kerja lebih sikit untuk bina empayar diri sendiri. Dia kata, keluarga dia ni semuanya berdisiplin. Boleh lepak-lepak, tapi 8 malam dah kena balik. Lepas tu, masa makan tak boleh bercakap, masa tidur dah ditentukan, masa baca buku pun ditentukan. Dan macam-macam lagi lah jadual yang dia kena ikut. Itu lah sebabnya bila diluarrumah, kerja dia cuma lepak denga kawan saja, tak buat benda lain. Bagus lah jaga anak dan disiplin kan anak, tapi jangan lah pemikiran anak pun nak kongkong jugak. Akhirnya yang susah dan tak tahu nak fikir budak tu jugak. Yang akhirnya nanti siapa yang susah? Kalau budak ni datang office aku mintak kerja, sah aku tak akan ambik dia. Bagus, baik, tapi tak ada kreativiti. Kesian dia, tapi tak kan lah dia tak mampu untuk cari kebaikan untuk diri sendiri kot?
Thursday, August 18, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment