Terpandang satu iklan kat TV beberapa hari lepas. Cerita seorang yang tak ada kaki, tapi digambarkan sebagai tabah dan berjaya. Nak tunjuk berjaya tu, dia naik kereta mewah dan ada pemandu. Kira berjaya lah tu. Masa mudanya, dia digambarkan ada cerita hidup yang tabah dikelilingi kawan-kawan yang positif, yang menerimanya seadanya. Beberapa minggu lalu, sempat tengok cerita di Astro Ria, lepas tengah malam. Cerita penyamun si Bongkok. Dia 'gagal' dalam hidup, kerana dikelilingi kawan-kawan yang negatif.
Nampak ada perubahan minda dalam iklan kita. Ini yang aku tunggu sejak sekian lama. Aku dah lama tak tengok wayang, dah lebih 10 tahun, sebab dah muak dengan wayang kita, tak kisah la kita ni Malaysia ke ataupun dunia. Aku cuma tengok wayang yang ada kat TV, itu pun lepas tengah malam (dan tak pernah tengok penuh pun, lompat-lompat je).
Aku tengok iklan sebab pendek dan padat. Kalau bosan pun, cuma untuk 15 saat. Kalau suka, tunggu lagi iklan tu. Sekarang ni masa untuk lebih realistik. Memang orang negatif ni masih terlalu ramai disekeliling kita. Tapi, kenapa orang negatif ni masih diberi tempat untuk segmen 15 saat tu? Kan ke lebih baik masa singkat dan mahal tu diberikan saja pada orang yang positif? Yang dapat beri impak yang baik pada masyarakat?
Sebenarnya, aku nak tulis cerita pendek masa aku jumpa seorang anak muda minggu lepas. Graduan Universiti tempatan, jurusan perniagaan. Kesian aku kat dia, dia belajar berniaga tapi lepas belajar matlamat dia nak kerja untuk orang lain. Lepas aku bersembang panjang dengan dia, barulah aku teringat apa yang aku tempuh masa aku macam dia dulu. Universiti ni mengajar kita untuk jadi pekerja yang baik, dan kita dididik oleh golongan pekerja yang baik juga. Jadi, walau apapun kursusnya, kita disediakan untuk jadi pekerja yang baik sahaja. Nak salahkan universiti ke? Pada aku, tidak dan itu tidak adil. Sebabnya, pada aku mudah saja - Masa Depan Kita, Pilihan Kita. Apa lagi aku nak cakap?
Masa dalam lif tadi, aku jumpa seorang adik manis. Tergesa-gesa nak ke office. Dah lambat katanya. Kalau masuk lambat kena potong gaji. Senyum aku kat dia, simpati pun ada jugak. Sabar je la dik ye, ini lah kehidupan. Dah setahun lebih aku tengok dia, senyum kat dia, baru la hari ni aku tahu nama dia. Ini lah kelemahan diri aku. Aku boleh berbual bertahun-tahun dengan orang lain, boleh berborak macam dah kenal lama, tapi nama susah sangat nak tanya. Aku tahu ini benda yang tak baik. Sepatutnya bila kita berbual, perkara yang utama yang perlu ditanya adalah nama seseorang. Mungkin ini masa untuk aku mula berubah. Anyway, untuk adik ni, aku suka tengok senyum dia, itu saja. Sebab tu bila aku tengok muka dia, aku mesti senyum dan dia juga mesti balas senyum aku. Aku dah mula belajar senyum sejak lebih tiga tahun dulu. Sekarang ni, belajar tanya nama orang pulak.
Thursday, August 25, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment