Dah lama tak update, sebab dok sibuk masuk rumah orang lain, so lupa rumah sendiri.
Awal minggu, pegi UiTM, bagi talk pada a group of students, kira junior aku la ni. Dah 10 tahun menghilang dari ITM, seronok jugak sesekali dapat masuk semula macam ni.
Sebab masa tak cukup, cuma sempat share benda-benda basic je la, and aku pun tak la cakap yang macam selalu aku cakap. Student la katakan, tak kan la nak cerita macam aku cakap pada orang yang 10 tahun kerja.
Mereka ni bagus, nampak muka orang pandai, tapi environment tu yang tak berubah. Aku harap dah 10 tahun aku keluar dari ITM dan nama pun dah tukar ke UiTM, ada la perubahan ketara pada mereka ni. Tapi nampaknya macam dulu jugak. Mereka masih malu nak tanya soalan, atau mungkin tak tahu apa yang nak ditanya. Mungkin sebab presentation ni dalam English, jadi kekok sikit nak bertanya kot. Yang bertanya soalan tu bagus, mereka boleh berfikir, tapi aku tahu ramai yang ada masalah dengan bahasa ni. kalau aku cakap Melayu, rasanya banyak lagi yang beloh mereka tanya. Malangnya, itu subject English dan aku ni kalau cakap Melayu, panjang pulak la bunga dari isi.
Mereka masih macam aku dulu, fokus lepas belajar ni nak cario kerja. aku tak salahkan mereka, sebab itu lah sukatan pelajarannya. Mreka pulak di didik oleh para "pekerja", jadi pola pemikiran mereka pu jadi macam tu la jugak. Kalau nak diikutkan, tak kan mereka tak tahu yang sekarang ni berpuluh ribu graduan tak ada kerja. Itulah yang sedihnya, aku hanya boleh berusaha dengan cara aku untuk berkongsi dengan mereka, tapi akhirnya nanti, mereka sendiri yang kena buat keputusan kearah mana perjalanan hidup mereka.
Kelas pertama cuma 45 minit, sebab masa suntuk. Kelas kedua lebih satu jam, masa banyak sikit. Banyak soalan aku dapat jawap. Tapi yang lebih penting, bukan soalan yang aku jawap, tapi apa yang mereka dapat. Aku sendiri tak pasti sama ada mereka tu dapat benefit ke tidak dari apa yang aku cakap tu. Semoga mereka ni dapat sesuatu, belajar sesuatu dan mula berfikir kemana mereka nak pergi selepas ini. Mereka dah masuk tahun 3, setahun lagi nak graduate. Kalau dari sekarang ni tak buat sesuatu, sukar nak bersaing bila grad nanti.
Apa lagi agaknya yang aku dapat bantu mereka ni ya? Aku tahu bagaimana nak bant mereka, tapi, sanggup ke mereka ni berubah? Aku sentiasa positif, sebab dulu aku pun seperti mereka.
Thursday, August 04, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment