Tuesday, December 14, 2004

Cerita yang tak habis

Browse internet, semalam, hari ni, dan mungkin hari-hari akan datang, kisah manusia tak akan habis. Kisah manusia yang kecewa, kisah manusia yang tak setuju, kisah manusia yang tercicir, dan pelbagai kisah yang tak ada hujungnya. Menarik, sebab kisah manusia tu kan unik, ta ada hujung dan tak tahu mulanya. Pening, sebab manusia tu memang pelik, sebab tu la pening.
Yang lebih terkehadapan, kisah negatif. Yang positif macam tak laku. Yang menarik, bila ada yang kena hentam, yang kena puji macam ada yang tak kena, macam tak menarik. Itulah manusia.
Dalam surat khabar, yang lebihnya kisah orang politik dan kisah-kisah disekitar orang politik. Orang mana nak kena hentam hari ni, yang mana nak kena puji, yang mana nak kena pijak, yang mana nak kena sanjung, dan macam tu lah, tak akan habis. Bila namanya manusia, akalnya mungkin panjang, tapi iman entah kat mana. Kelulusannya mungkin banyak, tapi amalnya entah kan elok entahkan tidak. Bila namanya arus perdana, takkan habis yang namanya haluan kiri tu kena hentam. Macam tak ada langsung kebaikan yang namanya haluan kiri tu buat. Kalau namanya arus alternatif, banyaklah kemungkaran yang namanya perdana tu yang dibongkar. Tapi, yang baiknya, tetap disiarkan juga.
Nampaknya, yang arus perdana tu macam dikuasai oleh manusia yang lebihnya duit, lebihnya emosi, lebihnya nafsu, tapi yang kurangnya iman, akal dan kewarasan. Cuma, yang arus kiri dan alternatif yang baru keluar dari arus perdana lima enam tahun dulu tu, ramai yang dah balik semula ke arus perdana. Yang masih dengan arus kiri dan pilihan ni, ramai lagi yang kiblatnya tak jauh dari arus perdana. Mungkin, daki dan titik hitam yang dulu tu masih tebal lagi.
Akhirnya, rasa macam tak rugi apa-apa dan tak hilang apa-apa bila dikira-kira dan diimbas semula, dah lebih enam tahun tak beli surat khabar milik arus perdana.
Ini lah kisah surat khabar dan manusia arus perdana lawan manusia dan surat khabar arus pilihan. Lepas ni ada banyak lagi kisah manusia. kalau sempat tulis lagi. Cuma tak tahu bila, idea tak datang masa "free time". Idea datang tak tentu masa, sebab idea tu datang dari Maha Pencipta, yang tak ada yang lebih tinggi darNya.

No comments: