Thursday, December 23, 2004

Toll, Orang Poltik dan kisah kita semua

Kisah toll memang tak pernah habis. 3 tahun lepas bila toll naik, heboh satu negara dengan kes ni. Orang politik buat macam-macam komen. Yang sokong dengan hujah mereka, yang tentang pun dengan hujah mereka. Lepas tu, bila rakyat dah sejuk sikit, kisah ni pun diam macam tu saja. Sekarang ni, bila diumumkan toll nak naik lagi, orang politik buat bising lagi. Yang menariknya, orang politik dari parti pemerintah pun buat bising untuk menentang kenaikan ni. Orang politik dari parti pembangkang, macam biasa la, mesti tentang punya. Menteri yang jaga hal ehwal toll ni, pun macam biasa la, dengan justifikasi yang dia dah siapkan untuk setiap tiga tahun sekali bila toll naik.
Akhirnya, toll pasti akan naik jugak. Akhirnya orang politik kerajaan akan kata, kita terima penjelasan kerajaan dan kita perlu faham masalah kerajaan, tapi kita minta kerajaan kaji semula perjanjian supaya tidak menjadi beban kepada rakyat. Akhirnya pembangkang kata kita akan terus lawan, kita boikot lebuhraya bertoll. Akhirnya sayap pemuda yang sokong kerajaan (yang kina macam tak ada kekuatan dan hilang "kepemudaannya") kata kita sokong kerajaan tapi perlu la kaji semula.
Akhirnya rakyat kata, orang politik macam tu la, berkokok je labih. Yang susah kita, mereka apa kisah, bukan setakat duit toll, duit minyak kereta menteri dan orang-orang politik tu, kita yang bayar.

Yang untung tetap orang politik. Yang tentang kenaikan toll, dapat lebih sokongan rakyat. Yang sokong kenaikan toll, dapat lebih sokongan menteri. Yang akhirnya nak tanggung kenaikan toll? Kita la, rakyat biasa yang kena bayar toll dengan duit sendiri.

Kalau nak buat lebuhraya tu kos dia mahal, buat la sikit-sikit. Daripada gunakan duit petronas untuk lumba kereta formula satu kat Sepang tu, kenapa tak gunakan duit tu untuk buat lebuhraya? Dari gunakan lebih 3 billion ringgit untuk buat Twin Tower KLCC, kenapa gunakan duit tu untuk buat lebuhraya? Dayabumi pun tak pernah penuh, kenapa nak membazir buat KLCC? Dari gunakan 20 billion untuk projek Putrajaya, kenapa tak buatkan je lebuh raya? Litar Sepang, Twin Tower dan Putrajaya tu, berapa ramai sangat rakyat dapat faedah darinya jika dibandingkan dengan lebuh raya?

Tapi, rakyat kita macam tu la, bila ada isu macam ni, semua marah. Tapi, lima tahun lagi, parti itu jugak la yang dipilih untuk memerintah. Sebab tu menteri dan orang politik parti pemerintah tak pernah nak kisah dengan rakyat. Asalkan perut mereka penuh dah la, pegi persetan dengan masalah rakyat. Tak percaya? Tengok ketua pembangkang kat DUN Kelantan. Rakyat susah payah dengan banjir, dia pegi bercuti keluar negara. Dalam dewan dia la hero, luar dewan entah kat mana dia ni. Tapi, orang macam ni pun, parti dia tetap pilih dia jadi ketua? Kenapa? Kerana rakyat kita ni cuma pandai cakap kat kedai kopi, tindakan, lambat sikit la.

Tak guna demonstrasi kat jalan raya atau kat lebuh raya, sebab pasukan yang diamanahkan jaga keselamatan rakyat dan jaga undang-undang tu, cuma ikut arahan ketua dia, bukan ikut undang-undang sangat pun. Ketua dia ikut cakap menteri dan orang politik. Jadi, yang susah dan rugi nanti, rakyat jugak. Rakyat yang vokal sikit, mereka sumbat dalam penjara, lebih teruk kat Kemunting. Alasan, mengancam keselamat negara. Yang buka ruang udara Johor untuk tentera Singapura tu tak ancam keselamatan negara ke? Yang tuduh PERKIM bantu PULO tu tak ancam keselamatan negara ke? Yang rasuah bila beli peralatan keselamatan negara tu tak ancam keselamatan negara ke?

Akhirnya nanti, kita terpaksa percaya, orang politik ni semuanya sama saja. Macam ayam, bertelur sebijik riuh sekampung. Berkokok dia la hero, tapi ekor bergelumang najis. Memamg ada orang politik yang baik, yang berjuang untuk rakyat, tapi golongan teruk ditekan dan tak akan kemana mereka ni. Paling jauh mereka boleh pergi, penjara atau Kem Kemunting. Sekarang ni dah makin ramai yang tak percaya kat orang politik, tak percaya pada perjuangan mereka, tak percaya pada cakap-cakap mereka dan tak percaya pada pilihanraya.

Tapi, apa pilihan kita untuk berubah? Yang ini, kena la tanya ulamak yang benar-benar ulamak, kerana mereka inilah pewaris kebenaran yang sebenarnya. Mereka inilah harapan untuk membawa kita kejalan kejayaan sebenar. Jangan pulak salah mintak nasihat dari orang yang cuma nak jaga perut mereka, macam tok mufti wilayah, atau bekas imam calon wakil rakyat yang kalah pada isteri bekas penolong ketua parti pemerintah tu. Yang dua ni buat perabih beras je.

Bila kita nak hadapi masalah yang libatkan orang politik, tak perlu bising-bising, sebab kita tak akan menang punya. Kita buat la apa yang kita rasa untung untuk kita (untung dunia dan untung akhirat). Kalau kita benci bayar toll, kita guna jalan lain. Benci bayar cukai sebab duit kita dibazirkan untuk benda tak berfaedah, kita buat benda lain yang tak perlu bayar cukai atau cuma bayar sikit je (banyak cara kalau kita betul-betul belajar - kalau tak tahu pegi la belajar), benci dengan rancangan TV, tak perlu la tengok TV. Kita kena yakin, akhirnya nanti yang akan tolong kita bukan orang politik, bukan kerajaan, bukan menteri, bukan pemuda yang hilang kepemudaan tu, tapi yang akan tolong kita semua, Yang Maha Esa. Jadi, kita ikut la segala peraturan Yang Maha Berkuasa, Raja segala raja, peraturan manusia ni, semuanya tak berapa penting.

No comments: