Thursday, December 30, 2004

Tsunami 3

Lagi kisah yang kita sendiri tak tahu bila akan habisnya. Dalam akhbar hari ini, ada kisah sorang insan yang sedang solah di atas batu dan seorang lagi sedang solat diatas bot. Kedua-duanya selamat. Di Acheh, seperti juga diTurki, masjidnya selamat. Kita masih tercari-cari sebabnya, sedangkan jawapannya telah ada di depan mata, itupun kalau kita berfikir.

[88] Dan mereka yang kafir berkata: (Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak.
[89] Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!
[90] Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap.
[91] Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak.
[92] Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Dia mempunyai anak.
[93] Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan dia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman, sebagai hamba.
[94] Demi sesungguhnya! Allah telah mengira mereka (dengan pengetahuanNya) serta menghitung mereka satu persatu

Diatas tu petikan dari surah Maryam, dipetik dari Al-Quran. Dan kita masih lagi mencari-cari jawapannya.

Pesta sambutan tahun baru di tunda, dan setengahnya dibatalkan. Kenapa perlu batalkan bila jadi Tsunami? Sepatutnya jangan buat langsung. Ini pun kita masih tercari jawapannya. Kemana kita nak bawa diri kita sebenarnya? Kalau beginilah sikap kita, telah diberi peringatan demi peringatan, masih lagi tak sedar, takut nanti turun kehancuran mutlak untuk kita, nauzubillah.

No comments: