Kes terbaru seorang anak kecil dirogol, tak cukup dengan itu, dibunuh. Bila kes ini berlaku, timbul pelbagai komen, timbul pelbagai andaian, pelbagai telahan, kutukan, kritikan dan ulasan. Anak kecil ini telah melalui saat getirnya, saat peritnya dan saat sakitnya. Kini, dia bersama dua lagi rakannya yang mendahuluinya awal tahun dulu, dibaringkan dengan tenang untuk menanti saat akhirnya dunia ini.
Apakah ada noktah kepada kes-kes sebegini? Jawapannya amat mudah sekali, kitalah yang akan meletakkan noktahnya. Ini tanggungjawab kita. Kalau selama ini undang-undang yang digarap manusia yang diterima pakai dinegara ini gagal membendung gejala ini, kenapa tidak beralih saja kepada undang-undang tertinggi yang diturunkan oleh Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Agung? Bukankah ini semua kuasaNya? Bukankah Dia yang menetukan segala-galanya? Bila pelbagai masalah timbul dan tiada sudahnya, kenapa tidak kembali kejalanNya?
Memang hebat polis kita, menyelesaikan kes ini kurang dari 24 jam, tapi apakah dengan tertangkapnya suspek ini, jiwa anak kecil ini dapat dikembalikan kepada keluarganya? Fikirkanlah dan ambillah tindakan sebelum terlambat.
Hasmawi Hassan hanyalah seorang pemain bola sepak peringkat negeri. dia bukannya seorang pemain diperingkat kebangsaan. Tiba-tiba kesnya menjadi terlalu besar. Bekas tunangnya membawa kes ini kemahkamah. Setiap hari ada saja ulasan kes ini, termasuklah dari peringkat orang politik, menteri, ADUN dan pelbagai pihak dan peringkat kepimpinan politik. Begitu besarnya kes ini. Muka depan akhbar nasional, begitulah statusnya.
Sebelum Hasmawi memberikan ulasannya, seolah-olahnya dia yang bersalah, pelbagai pihak menyatakan atau membayangkan dialah yang bersalah, dialah yang tidak beradat, dialah segala punca keruntuhan satu lagi keluarga yang bakal dibina ini. Dan lagi sekali, masyarakat beserta pemimpinnya, melatah membuat andaian hanya dengan mendengar ulasan dan pandanga dari satu pihak. Terlupa kita prinsip perundangan, seseorang itu tidak bersalah hingga dia dibuktikan bersalah.
Kita tidak boleh salahkan keluarga bekas tunangnya. Dalam situasi ini, mereka tentu kecewa, marah, sakit hati dan sebagainya. Kenapa tidak kita menjadi pendamainya? Hasmawi tu, biarpun bukan satu negara mengenalinya, tapi kerjanya kena berhadapan masyarakat, kena masuk TV, masuk surat khabar, sebab dia pemain bola sepak negeri. Mana dia nak lari kalau dia yang buat salah? Kenapa tidak diberi masa untuk mereka bertenang? Kenapa cepat sangat nak masuk berita muka depan? Kenapa cepat sangat nak masuk berita TV dengan begitu lama ulasannya? Nak salahkan media, mereka pun cari makan. Nak kata etika, apa etika yang media negara ini ada selain dari ikut telunjuk orang politik?
Akhirnya, seperti juga jawapan untuk segala masalah yang lain, kenapa tidak kembali saja kepada hukum Yang Maha Adil? Bukan kah kita ini hanyalah hamba-hambaNya?
Friday, December 24, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
aku cuma nak komen ler
aku cuma nak komen ler, memang si asmawi tu nak putuskan tunang. tapi cara dia yang tak betul. cuba ler buat beradat sikit. masa nakkan budak pompuan tu, tau pulak datang rumah jumpa org tua, tapi apsal bila nak putus dengan cara yang tidak beradap. cuba perkara ni berlaku pada kite. baru kita tau langit tu tinggi atau rendah. kalau nak putus pun bukan hanya cakap nak putus, tapi kena dengan caranya. jangan hanya kata kena buatan orang. tak boleh pakai tu. kalau dah benci, semua boleh buat. dan lagi satu, tak perlu diungkit segala pemberian yang tidak seberapa dulu. kalau dulu masih sayang tak berkira, tapi kenapa bila dah putus semuanya diungkit. kan itu bukan lelaki sejati tu. tapi lelaki mate duitan....
Post a Comment