Letak kan sekejap kisah orang politik ketepi. Kali ini, lihat wajah-wajah mereka yang kehilangan anak-anak, lihat wajah Zulkifli, bapa yang kehilangan 5 anak. 3 dah jumpa, 2 masih hilang. Lihat wajah seorang bapa yang mengendong anaknya di Pulau Pinang, lihat wajah bapa-bapa yang kehilangan anak-anak diseluruh rantau ini yang terlibat dengan Tsunami. Ada satu yang sama diwajah mereka - pilu, hiba, air mata, ratapan yan tidak ada hujungnya. Inilah kasih bapa, kasihnya yang jarang kita nampak secara zahirnya, kasihnya yang selalu disalah ertikan. Kasih mereka yang selalu dihilangkan hanya kerana tindakan beberapa orang yang macam haruan makan anak.
Kasih bapa sukar dimengertikan. Itulah yang selalu dinyatakan oleh ramai teman-teman. Mereka ada bapa, dan mereka ada suami, yang juga bapa kepada anak-anak mereka, namun kasih bapa masih tetap jadi misteri. Kerana kasih bapa sukar dihitung dan dikira.
Seorang teman pernah bercerita, sewaktu adik kecilnya meninggal dunia, dia melihat bapanya menangis, walaupu bukan meraung. Dia melihat satu peristiwa yang belum pernah dia lihat sepanjang hajatnya. Dia lihat betapa besarnya kasih bapa kepada anak-anak. Tapi peristiwa ini hanya dapat dilihatoleh mereka yang berada dirumah diketika itu, peristiwa ini tamat hanya dalam beberapa ketika, apabila jiran mula datang kerumah.
Besar sekali kasih bapa, tapi sukar sekali kita melihatnya. Bila agaknya kita akan lihat kasih bapa yang sebenarnya? Apakah mereka terlalu ego untuk memperlihatkan kasih mereka kepada kita? Atau apakah kita mahu mereka mempertontonkan kasih mereka kepada kita mengikut acuan kita?
Walau bagaimana pun cara nya, kasih bapa terlalu besar dan terlalu tinggi harganya. Kasih ibu memang bukan persoalan, kerana kita keluar dari perut ibu. Kecapilah kasih itu, sebelum terlambat. Tapi, bagaimana ya?
Tuesday, December 28, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment