Melayari internet masa ni, banyak betul komen dan forum pasal fenomena bermusim ni, kisah demam 3 bulan. Dan demam ni, bukat setakat di forum internet, dah merebak keserata pejabat, rumah, kedai kopi dan semua tempat yang ada orang. Inilah agaknya yang dikatakan fenomena. Agaknyalah, akupun tak tahu makne sebenar fenomena ni.
Sesuatu yang aku belajar kat sini, semakin ramai yang suka jadi pengkritik sebenarnya. Teringat satu cerita tentang seorang pelukis. Pelajaran terakhirnya cikgu dia minta dia buat lukisan dan pamirkan dibandar. Tulis nota dilukisan tu, untuk semua yang melihat, sila tandakan kesilapan yang mereka nampak. Seminggu lepas tu, lukisan tu penuh dengan tanda, begitu banyak kesilapan dia yang orang lain nampak. Kemudian, cikgu dia minta dia buat lagi satu, letak lagi di bandar. Kali ni nota dia panjang sikit, tandakan kesilapan yang orang nampak dan berikan penyelesaian untuk kesilapan tu. Apa yang perlu dibetulkan. Seminggu lepas tu dia datang ambil lukisan tu, kali ni tak ada satu tanda pun.
Ini lah kehidupan yang sebenar. Kita semua buat silap dan ramai orang nampak kesilapan kita. Sayangnya, ramai yang nampak silap kita tu, cuma nampak kat mana silap, cuma boleh kritik tapi berapa ramai yang boleh tolong kita betulkan kesilapan kita tu? Begitulah juga kita dengan orang lain. Memang mudah nak tunding jari pada silap oran lain, tapi soalnya, apa yang kita dapat bantu dia untuk betulkan silap dia? Bukan tak boleh kritik orang lain, kritiklah. Elok juga kita tegur kesilapan orang lain, sebab bila kita tegur orang lain, kita sebenarnya juga ingatkan diri sendiri supaya kita juga tak buat silap, atau kita lebih berhati-hati.
Cuma, fenomena sekarang ni, ramai yang suka kritik, sekadar nak kritik. Sekadar nak tegur silap orang lain. Dia tak tanya pun kenapa mereka silap, jauh sekali bagi pandangan bagaimana nak betulkan silap mereka tu. Ramai yang tulis kat internet (juga kat stesyen TV), kritik pelbagai pihak, tapi apa sumbangan mereka untuk membetulkan dan membaiki keadaan? Kebanyakannya tak bagi pun cadangan untuk baiki keadaan. Kesian mereka ini, fikiran mereka celaru sebenarnya. Mereka nak tunjuk bahawa mereka juga prihatin, tapi mereka belum bersedia. Inilah hakikat dunia ini.
Hujung minggu lepas, sempat tengok sekejap konsert yang tengah hangat sekarang ni dikaca TV(siaran ulangan). Ada seorang pengkritik perempuan tu kata, masyarakat tak dapat nilai mana satu kaca mana satu intan. Dia ni mungkin penggiat seni (???), tapi dia ni bukan ahli perniagaan. Profession dia ni (seperti yang dinyatakan) adalah penyanyi, pelakon dan pengajar (seni suara la kot).
Jadi dia cuma lihat dari aspek "kualiti" sebagai seorang penyanyi. Dia ni mungkin lupa yang baru nyanyi depan dia tu masih lagi pada tahap 'pelajar', bukan penyanyi, jauh sekali penghibur. Jangan ceritalah soal komersil. Apa dia tahu soal dunia perniagaan (berdasarkan dari komen dia). Stesyen TV tu cuma nak untung, sebab dia berniaga. Pengkritik ni ada buat album, yang mungkin ada kualiti, tapi berapa banyak yang laku? Dia mungkin nak jadi penggiat seni dan pejuang seni, tapi kalau masyarakat tak terima, apa seni namanya? Ini bukan sabun atau ubat gigi, kalau tak ada kualiti, satu hari nanti produk tu akan cuma tinggal nama je. Ini soal telinga dan mata. Kalau orang tak suka, kualiti macam mana pun, orang tak nak, bila orang tak nak, mereka tak beli, company tak untung. Senang je metametik berniaga ni, orang tak nak, tak de la perniagaan.
Akhir sekali, jangan lupa soal undang-undang. Dalam dok demam tu, tengok la apa kata undang-undang. Yang paling tinggi, undang-undang yang datang terus dari Pencipta kita. Kalau dalam undang-undang tu kata benda ni tak betul, walau macam mana pun kita suka, tak perlu lah kita sokong. Sebab hidup kat dunia ni sekejap je. Takut nanti kita menyesal didunia yang kekal kemudiannya. Semoga kita dilindungi dari segala kerosakan.
Tuesday, June 28, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment