Malam tadi balik lambat sikit (selalu pun balik lambat jugak). Sempat on TV kejap, sementara nak solt, ada cerita Hindi. Cerita hindi memang penuh philosophical (tu yang letih aku nak tengok tu). Ada satu bab tu pelakon lelaki tu buat statement " hidup ni sekali, Mati sekali, Bercinta sekali dan Kahwin sekali, (walaupun akhirnya dia kahwin dua kali).
Statement ni memeng indah, tapi itu ke realitinya? Kita yang muslim ni percaya hidup bukan sekali. Kita dimatikan, kemudian kita dihidupkan semula di akhirat. Mungkin maksud dia hidup mati didunia ini agaknya, sebab tu la jadi sekali tu.
Bercinta sekali, rasanya itulah yang paling indah, kalau kita dapat. Mungkin dulu-dulu ada perkara macam ni. Tapi sekarang ni, susah nak cakap. Kita dah expose dengan pelbagai persekitaran. Ada tu yang bercinta dalam internet, hebat kan?
Tapi kisah semalam tu, dibawa dari mereka dalam kolej, hinggalah anak dah lapan tahun. Aku banyak sekali jumpa kisah macam ni. Ada seorang rakan tu, dia "dicintai"oleh seorang rakan lain. Mana aku tahu? sebab akulah orang tengahnya. Kisah ni berlaku hampair dua puloh tahun dulu, masa sekolah. Kemudian kami sama-sama ambil SPM dan meninggalkan sekolah. Terputus hubungan. Beberapa tahun dulu, kami bertemu semula. Yang lelaki ni dah kahwin dan punya anak, dan yang wanita ini juga dah kahwin dan juga punya anak.
Mereka ada keluarga yang bahagia (doa aku untuk mereka). Ada career masing-masing, ada hidup masing-masing. Tapi, inilah agaknya yang dikatakan cinta pertama. Mungkin 20 tahun dulu mereka tak faham apa itu cinta pertama. Bagi mereka mungkin itu cuma "cinta monyet".
Bertemu setelah sekian lama terpisah, aku nampak air muka mereka. Redup seperti dulu. Senyumnya, tawanya, ceritanya, malunya, lenggoknya, masih seperti dulu. Bezanya, mereka telah berumahtangga. Kini, kisah itu hidup semula, apinya bernyala semula, bahangnya terasa semula. Tapi, syukurlah, mereka convert segalanya kepada persahabatan - it is a family friendship.
Susah sebenarnya nak tafsirkan hati dan perasaan manusia - atau tepatlagi, kita tak mampu membaca isi hati manusia. Apakah ini kesan dari "cinta monyet" 20 tahun lalu, atau itulah cinta pertama mereka? Entahlah. Asalkan mereka tahu batas sempadannya, tak mengapalah. Untuk meminta hati mereka mengatakan "tidak" pada sesuatu yang sebenarnya "ya" juga adalah tidak adil, sebab bukan kita yang mengwal hati kita. Itulah uniknya perasaan kita. Namun, mencintai bukanlah sebenarnya memiliki. Itulah hakikatnya dan nampaknya mereka menerima hakikat ini. Apa benar begitu? Harapnya begitulah......
Thursday, June 30, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment