Maka heboh lah sekali lagi kisah siswazah menganggur.
Yang peliknya, kenapa begitu ramai menganggur? Jawapannya, sebab pelajar hari ini (dan dari dulu juga) diajar untuk jadi kuli a.k.a pekerja. Bila belajar tinggi-tinggi sampai keluar universiti, mentaliti masih sama, lepas graduate mesti jadi kuli orang.
Yang tak pandai belajar, "terpaksalah" buat kerja sendiri. Bila perniagaan dah besar, orang yang "tak pandai" ini akan ambil "orang pandai" lulusan universiti untuk kerja dalam perniagaan mereka. Maka yang tak pandai jadi majikan, yang pandai jadi pekerja @ kuli.
Maka jadinya, orang yang tak pandai bayar gaji untuk orang pandai. Orang yang tak pandai kawal hidup orang pandai.
Agaknya, nak kemana para graduan kita hari ini? Dah keluar universiti tu, pandai-pandai la pikir sendiri. Kalau kita tak ada agenda sendiri, kita akan "tertakluk" pada agenda orang lain - fikirkanlah.....
Thursday, June 16, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment