Dunia tanpa sempadan sekarang ni memang menarik. Pelbagai forum terbuka boleh kita baca dan ambil bahagian. Aku cuma nak nak fokus sikit je kat satu forum yang ada kena-mengena dengan hiburan. Baca komen yang keluar diTV, media dan internet, tak banyak yang berbeza. Ramai yang sertai forum tu masih macam dulu jugak. Yang sokong dengan segala sebab sokongan mereka dan yang tak sokong dengan segala alasan tak menyokong mereka.
Kadang-kadang tu tertanya sendirian, ini saja ke tahap pemikiran mereka yang berforum tu? Bukan setakat forum dinegara ini, masuk mana-mana forum yang aku boleh faham, bila cerita je soal hiburan, ini lah tahap kualitinya. Yang suka masuk forum, mereka yang masih meniti satu titi yang panjang dalam perjalanan hidup mereka. Setakat itu saja ke tahap pemikiran, kedewasaan dan kematangan mereka? Itu saja ke yang mereka mampu fikir dan tulis?
Memang la tak ada siapa yang kenal mereka, sebab semua guna nama samaran. Tapi, yang pentingnya, apakah kita tak rasa kecewa dengan kualiti tulisan dan kualiti fikiran kita sendiri?
Aku tak nak salahkan sesiapa, sebab kita semua manusia yang masih mencari ilmu, yang tak akan ada penghujungnya. Tapi, forum terbuka macam ni, apa salahnya kita beri pendapat yang boleh mencabar minda kita sendiri. Lantak lah apa orang lain nak cakap. Yang nak maju kita, bukan orang lain.
Macam tu jugak bila kita rajin cari ilmu dan cari duit. Lantak lah apa orang nak cakap, yang untung nanti kita, bukan orang lain. Berbalik kepada forum ni, rasanya, ini peluang yang sangat baik untuk kita cabar minda kita sendiri. Bangkitkanlah isu-isu yang berat, keras dan pedas. Cabar minda kita utuk jadi kritikal, tapi dalam masa yang sama, kita tak sakitkan sesiapa. Bukan mudah sebenarnya. Beri pandangan dan kritikan yang adil, bernas, membina dan jujur. Belajar sesuatu dari pandangan orang lain. Kalau nak respond pada pandangan orang lain, lakukan dengan jujur dan telus. Dari sini, sebenarnya kita tak rugi apa-apa, sebaliknya kita akan belajar banyak perkara. Sebab setiap respond atau kritikan yang jujur dan bernas, kita kena buat homework sebelum ditulis. Apa salahnya buat homework sikit?
Akhirnya, apa sahaja komen kita, kena la tanya undang-undang kata apa? Boleh ke tidak? Salah ke tidak? Kalau undang-undang Agama kata tak boleh, maka tak boleh la jawapnya. Tak ada kompromi dalam soal Agama, walau macam mana suka pun kita kat sesuatu isu tu.
Hanya peringatan untuk diri sendiri yang masih belajar.
Monday, June 27, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment