Kebiasaan yang selalu didengar, aku muda lagi.... Ini lah komen yang biasa diberikan bila cerita soal kesihatan. Kanser? itu penyakit orang tua.. dan pelbagai alasan lain.
Dua hari yang lepas, dikejutkan dengan satu berita. Seorang rakan yang dikenali sejak 7 tahun lalu, berusia diawal 30an, punya seorang suami yang beberapa tahun lebih tua darinya, ada 3 anak yang maih belum sekolah, disahkan mengidap kanser payudara. Kini virus pembunuh ini dah merebak dan dalam tahap yang sudah kritikal.
Baik rakan ini, jarang sekali menyakiti sesiapa, komited pada kerja dan keluarganya. Tapi hari itu, ketika bertemu, berjurai air matanya menceritakan kisahnya pada rakan-rakan. Kini dia direhatkan, tak boleh kerja untuk sementara (doktor kata mungkin untuk selamanya). Dia baik, masih muda, punya anak untuk dijaga, tapi kini dia menderita mengenangkan sakitnya, mengenangkan masa depannya, mengenangkan hidupnya dan hidup keluarganya, dan juga masa matinya.
Apa yang rakan-rakan boleh bantu untuk ringankan bebannya? Kita hanya boleh beri dia sokongan moral, disamping sokongan material untuk ringankan kos perubatannya. Tentu kos perubatan ini tinggi, dan setakat manalah sangat yang syarikat dapat bantu. Dia pulak bukan dari keluarga senang, yang ada harta berlimpah ruah. Kini, dia kesedihan, rakn-rakan baiknya juga kesedihan.
Namun, kalau nak bantu dia, kita yang kena kuat. Jangan menangis didepan orang seperti ini. Kalau nak menangis, cukup dalam hati saja, atau bila dia tak bersama kita. Ceritalah padanya sesuatu yang boleh buat dia ketawa, kuatkan mentalnya dan kuatkan semangatnya dan kuatkan imannya. Yang paling utama, bisikkan padanya, dia pasti akan berjaya mengharungi saat cemas ini. Tuhan yang menurunkan semua ini untuk kita, tentu ada sebabnya. Dan ubat yang sebenar itu, ada padaNya. Jadi, disamping segala perubatan yang kita buat, jangan lupa doa kita padaNya.
Kini, seorang lagi rakan diuji dengan penyakit maut ini. Baru diawal tahun lalu seorang rakan disemadikan atas sebab yang sama. Dia berjuang lebih 3 tahun. Cukup kental dia, tak pernah mengalah. Kini, dia hanya tinggal kenangan. Namun, jauh dilubuk hati rakan-rakan, dia masih disisi, dia masih bersama kami. Dia tetap 'hidup' tetap segar. Dia pergi meninggalkan suami dan tiga cahaya mata. Mereka dah besar, dah boleh jaga diri sendiri. Rakan yang seorang ini, juga tiga cahaya mata, tapi masih kecil. Maha Suci dan Maha Agong Tuhan, hanya Engkau yang tahu hikmah disebalik segala ketentuanMu.
Banyak yang boleh diceritakan, tapi cukuplah topik ini. Cuma sebagai peringatan untuk aku dan engkau yang terjumpa tulisan ini. Kita masih muda, tapi sakit dan mati itu tidak terlalu jauh dari kita. Gunalah sisa-sisa masa dan usia ini untuk mencari keredhaan, bukan kehinaan.
Thursday, June 23, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment