Wednesday, November 26, 2008

bila hari-hari terakhir mula menjengah....

Ini bukan hari akhir dalam bilik akhir. Tapi hari-hari terakhir dalam tempat kerja. Wajah yang dulunya ceria, kini, ada sedikit cerita lain, cerita pilu dan cerita sedih. Bukan sangat sedih sebab hilang kerja, tapi mungkin sedih sebab hilang suasana, hilang kawan dalam tempat yang sama, hilang pandangan, tapi tetap kekal memori.


Yang dah habis kerja, mungkin sibuk dengan computer games, sibuk dengan frama di u-tube, sibuk mencari kerja lain, atau sibuk mencari tempat untuk holiday. Yang masih ada kerja berbaki, mungkin sibuknya lebih dari yang lain, tinggal beberapa hari berbaki, semuanya perlu diberes, perlu selesai, supaya nanti, tiada lagi yang mencari.


Namun, dalam semua ini, ada yang masih tak mengerti. Bukan sahaja tak faham ada yang sibuk ada yang goyang kaki, tapi tak pernah nak tahu, orang lain punya cerita hati masing-masing. Mungkin padanya, dia cuma tahu sibuknya, lupa sibuk orang lain, hanya tahu luka hatinya, tak pernah nak faham hati orang lain, cuma sibuk masa depan sendiri, hingga lupa masa depan orang lain.


Nak dimarah orang seperti ini? Biarlah. Dia mungkin terpelajar, mungkin bijak, mungkin lebih pandai dari yang lain, mungkin itu yang dia fikir, hingga lupa, dia cuma bijak pada dia, bukan pada orang lain. Manusia ini tak ada yang bodoh, tiada juga yang lebih bijak. Tuhan itu adil, menjadikan semuanya bijak dengan ada bodohnya, bodoh dengan ada bijaknya. Sebab itu namanya manusia, tidak sempurna, namun unik.


Apa pun manusia nak fikir tentang dia dan tentang yang lain, itu hak individu. Biarkan lah. Bukan boleh diubah manusia ini. Ada masanya letih memikirkan, namun kalau malas berfikir, kenapa perlu jadi manusia? Ada yang nak berpidato soal hak, hingga lupa ada kalanya, dia berpidato tentang yang bukan haknya. Lalu, apa yang perlu dibincang? Dunia ini luas. Kalau bosan dengan yang ada, carilah yang belum ada. Tentu baik dapat yang baru. Tentu bagus melihat yang sebegitu.


Ada juga yang tergelincir. Lalu untuk membaik luka, dicari cerun yang lebih tajam. Lalu tergelincir lebih jauh. Ada juga yang tergelincir sebab jalan yang licin. Lalu dicari lagi jalan yang lebih licin. Nak ditegur? Sudah banyak kali. Nak dimarah? Itu kan pilihan hati masing-masing. Nak kata tak tahu cerun itu tajam, jalan itu licin? Dia bukan anak kecil. Lalu nak dibuat apa? Biarkan lah. Dia kan dah dewasa, bukan anak kecil Mampu berfikir, mampu melihat, mampu merasa. Tahu apa itu dosa, apa itu pahala. Biarkan dia pilih jalan mana nak diikut. Nanti bila sampai dihujung, dia pasti tahu dia dimana. terus lah menyayangi, dan terus lah mengasihi. Kasih sayang itu, tidak boleh mengubah manusia, tapi boleh mengubah dunia.


Kisah hari ini perlbagai. syukurlah, tuhan masih memberi peluang, untuk meneruskan jalan disini, meuju kesimpang seterusnya. Pastinya nanti akan lebih indah. Kerana simpang itu, likunya makin besar, makin banyak, dan simpangnya, bukan lagi dua, tapi makin berbeda.


Bukit Raja
26 November 2008, 1.30 malam

No comments: