Erti hidup ini pada memberi, kata seorang blogger. Dan hidup ini, kata seorang lagi, adalah perlaksanaan kata-kata. Dan ada banyak lagi ungkapan lain yang indah bunyinya, tapi tidak begitu mudah untuk dilaksanakan.
Ada persamaan antara guru, jurulatih, seniman, mereka yang memegang mikrofon dan berdiri didepan kelas, dan mereka yang seumpamanya, yang memberi tanpa memerlukan bayaran RM 8,000 sejam (seperti yang sedang disiasat oleh MOSTI). Mereka berada didepan untuk memberi, tanpa sikitmengharap balsan dari mereka yang menerima. Mereka lakukan bukan sekadar suka-suka, tapi ada sesuatu yang membisikkan kepada mereka untuk terus memberi.
Mereka bukan berdiri didepan untuk mengubah atau menukar sesiapa. Mereka berdiri didepan untuk memberi. Terpulang kepada yang dudk menghadap mereka untuk menerima ataupun tidak. Setelah memerima, terpulang kepada mereka, kemana selepas ini.
Kalau kita berada didepan untuk memberi, ikhlas kan hati dan bersihkan jiwa. Berilah dengan nama Tuhan, dan berilah dengan penuh tanggungjawap. Jangan mengharap balasan dari yang menerima. Akan timbul nanti pelbagai kisah suka duka, manis dan pahit, atas semua pemberian ini. Ada ketikanya, kita dikelilingi ribuan penerima yang terharu atas pemberian ini. Akan ada masanya, kita umpama seniman agung, dikenali dan dihargai.
Akan tiba juga masanya nanti, kita kembali keseorangan. Kita dipersalahkan atas segala macam kesilapan kecil dan besar yang kita lakukan. Kita kembali berjalan keseorangan, ditinggal tanpa pesan, dibuang begitu sahaja. Terimalah manusia seadanya, sayangi mereka sebagai mereka. Bukan niat mereka untuk memperlakukan sebegitu. Mungkin ada sesuatu yang mereka fikirkan hingga ada yang mereka terlepas untuk memikirkan. Hidup ini masih panjang, diluar sana masih ada ramai yang memerlukan pemberian ini. Teruslah memberi, teruskan perjalanan ini.
Kalau hidup ini pada memberi, erti hidup pada perlaksanaan kata-kata, teruskanlah perjalanan tanpa penghujung ini. Bila tugas pada seorang insan itu telah selesai, pastinya dia akan pergi. Mungkin kita merasa terlalu sayu, terlalu sedih, terlalu pilu, tapi terimalah kenyataan perjalanan ini. Kita bukan lagi keutamaan hidupnya. Dia juga ada perjalanan sendiri. Bila dia telah tiba disimpang, dia membuat pilihan. Dan pilihan simpang itu, mungkin tidak sama dengan arah perjalanan kita.
Mungkin ada titik temu disatu masa nanti, dan bertemulah diketika itu. Jika pada ketika itu, ada tugas baru perlu dilaksanakan, jalankanlah dengan ikhlas dan penuh kasih sayang. Jangan dibawa kisah dulu dalam hidup hari ini.
Bila memberi, yang penting adalam mereka yang menerima. Berilah untuk kebaiakn mereka yang menerima. Jangan dibawa kisah kita sebagai pemberi, untuk turut menerima seperti penerima. Biarkanlah masa itu, digunakan untuk mpenerima, bukan untuk kita. Yakinlah, insyaAllah, tuhan itu Maha Pengasih. untuk apa diungkit kisah orang kalau kita ikhlas untuk memberi? Ikhlas itu mudah diucap, tapi sukar dilaksanakan. Kalau pemberian itu dengan penuh kasih sayang, penuh keikhlasan, tentu tidak diungkit apa yang diberi, dan apa yang tidak diperolehi.
Perjalanan ini masih jauh. Tapi masa semakin singkat. Semoga Allah memberi aku kekuatan, untuk terus berjalan dan terus memberi.

gambar dengan adik-adik junior MRSM Taiping masa MRSM-T 25th Anniversary Diner @ Bukit Merah Lake Town, July 2008.
lagu ni sekadar hiburan untuk diri sendiri.... (hmmm.... heh he...TQ LP92)
Kau Ilham Ku (Man Bai)
Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah
Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan
Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...

No comments:
Post a Comment