Tuesday, November 18, 2008

Mencari jalan pulang


Kadang-kadang, bila sakit lama kembali menyapa, terasa ingin sekali mencari jalan pulang. Jalan itu ada pelbagai, tapi kena pilih yang terbaik. Yang terbaik bukan yang terdekat, bukan juga yang paling cantik. Yang terbaik, mungkin yang paling elok bila tiba didestinasi. Yang dekat, belum tentu bahagia akhirnya. Yang cantik, belum tentu elok dihujungnya. Jadi, carilah jalan yang terbaik.



Jalan pulang ini perlu juga dicari. Takut nanti, bila sakit lama datang menyapa, bila ubat lama dan ubat baru gagal menyembuh, takut nanti jalan paksa yang perlu diikut. Bila jalan paksa yang perlu diikut, takut nanti destinasi yang diharap, tak sama dgn destinasi yang dituju.



Tapi, boleh kah hidup ini atas dasar takut? Boleh kah hidup ini diteruskan atas apa yang tidak mahu, bukan atas apa yang mahu? Bukan mudah untuk teruskan hidup, namun hidup perlu juga diteruskan.


Disepanjang perjalanan ini, ada benda yg perlu ditempuh, ada hati yang perlu disentuh, ada jiwa yang perlu dibelai. Ada harapan yang diberi ada harapan yang perlu dipenuhi. Ada tugas besar yang masih belum selesai. Ada insan yang perlu dibela, dan dijaga, disayangi dan ditunjuk jalan. Selagi tugas ini belum selesai, mohon agar jalan ini bukan yang paling mudah, tapi mohon dipermudahkan, bukan yang paling pendek atau yang paling panjng, tapi mohon disepanjang jalan ini, penuh hikmah penuh khidmat. Semoga dihujung jalan nanti, tatkala mampu menoleh kebelakang, semua senyum, semua bahgia.



Jalan pulang ini tidak mudah, tapi mampu. Tidang senang, tapi boleh. Tidak panjang, tapi disepanjangnya penuh harapan, penuh dugaan, penuh impian, penuh senyuman. Hidup ni kan sekali sahaja diidunia ini, gunakanlah, jangan menyesal dihujung nanti....



Sakit lama kembali menyapa, tapi, jangan sekali sakit itu melentur semangat untuk terus membelai jiwa, menyantun hati. Mereka masih disitu, dengan harapan, dengan senyuaman.



18 November 2008, 11.50 pagi
Taman Intan, Klang

No comments: