Sunday, November 02, 2008

Hari ini...

HARI INI
(untuk teman-teman yang berkongsi visi untuk membantu manusia menikmati kehidupan yang lebih baik - helping people live better life)

hari ini adalah permulaan hari yang baru dalam hidup saya
saya adalah orang yang baru

saya mengambil berat tentang manusia
dan akan melakukan apa sahaja
untuk membantu mereka mencapai impian mereka,
dengan itu
impian saya akan tercapai.
saya akan memberi galakan kepada mereka
pada setiap hari dengan apa jua cara

Tuhan telah memberi setiap individu
kebolehan untuk berjaya
dan saya akan membantu mereka untuk mencapainya.
saya tidak akan memperhambakan diri saya
kepada pekerjaan
dan membazirkan hidup saya.
saya akan berdiri teguh
untuk memimpin manusia
untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi dalam hidup mereka.

manusia yang negatif
akan menghancurkan semangat saya dan mencuri impian saya.
manusia yang negatif
akan merosakkan kepercayaan didalam diri saya dan mengecewakan saya

saya akan bercampur dengan mereka yang positif dan progresif

dan menghargai mereka dan belajar dari mereka.
bersama mereka,
saya akan membina sebuah pasukan,
bekerja dan bantu-membantu antara satu dengan yang lain
dan memberi inspirasi kepada setiap orang

saya akan bekerja kuat,

dan mencapai impian saya…..
saya yakin,
SAYA DILAHIRKAN UNTUK BERJAYA !!

No comments: