Melayari facebook, melihat photo-photo lama ketika sekolah menengah, MRSM Taiping, 1983-1987, cukup untuk melupakan segala kesakitan, segala kepayahan, segala kesulitan. :-). Hampir 20 tahun menjejaki DN, akhirnya berjumpa di facebook (dan sebelum tu sekejap di friendster). Mencari yang lain, rupanya hanya disekitar rumah, Jedi, Sab, Liz
a, Slea, dan ramai lagi. Tetra? huh! macam biasa la... ha ha ha... Milah ada di Seremban, bersama Fadhil & Amir katanya. Ramai yang tak jauh, dekat sahaja. Sekadar cari dan jumpa, itu sahaja.
a, Slea, dan ramai lagi. Tetra? huh! macam biasa la... ha ha ha... Milah ada di Seremban, bersama Fadhil & Amir katanya. Ramai yang tak jauh, dekat sahaja. Sekadar cari dan jumpa, itu sahaja.Hazlin (Allahyarham) & DN - many years ago..
Berjumpa semula adik yang terpisah sejak 1996, kali terakhir jumpa pada hari perkahwinan, 19 May 1996. Teknologi boleh saja menjadi baik jika baik yang dicari. InsyaAllah, Uzma, kita jumpa hujung minggu ini, bersama kak zie & anak-anak abang. Semoga kami sempat tiba sewaktu Ibah dipelamin, insyaAllah. Jika tidak, mungkin dimalamnya, mungkin keesokannya. Rindu pada makcik & pakcik, dan adik yang lainnya. Mulanya 1985, kemudian 1996, dan sekarang 2008. Uhh.. sedekat sekali berjumpa? hmmm...
Uzma
Pencarian ini tak pernah padam. Yang sekolah rendah, terasa amat sukar dicari, namun tentu jumpa, insyaAllah. Yusaini di Kota Damansara, restoran cantik miliknya. Shaharim masih setia dikampung. Siti & Andong entah kemana. Widad & Faizul telah lama menghilang. Yang lain? Enta. Harap berjumpa, insyaAllah. Ahhh... SKBS, Bagan Serai, tentu ada disekitar ini. 1977 - 1982, lebih suku abad meniggalkan nostalgia paling awal, paling manis itu.
Tatkala fikiran masih melayang merencana LRS yang makin hampir, terlalu jauh rasanya diri terus melayang, fikiran merantau jauh. Masih memikir apa yang perlu difikir. Percaturan hidup masih perlu juga dicari. Perjalanan ini masih jauh.... insyaAllah, namun disepanjang jalan ini, pasti ada manisnya, dengan semua pahit seketika yang perlu ditempuhi. Terus mencari arah seterusnya, tanpa perlu melaung diseluruh dunia, apa yang terbuku dihati sebenarnya. Tak perlu bercerita semuanya, apa yang masih dicari. Tak perlu ditahu semuanya untuk semua, apa yang masih tersekat sehingga ini. Sakit itu pasti berlalu, jika manusia yang sentiasa tersemat dihati, jika memberi lebih penting dari menerima.
Bukan soal banyak mana wang bakal diterima, tapi apa yang boleh disumbangkan pada manusia. hidup ini tak lama, tapi dalam sekejap iutu, apa yang akan kekal lama. Cari lah yang itu, tentu hidup lebih bermakna. Aku terus mencari, terus memberi. Hidup ini bukan pada katanya, tapi pada buatnya, bukan saja pada caranya, tapi pada niatnya, bukan saja pada jadinya, tapi pada cemerlangnya, bukan pada sekalinya, tapi pada istiqamahnya. Hidup ini indah, jika caturnya digerak indah.....
taman intan
21 November 2008, 12.10am


No comments:
Post a Comment