Wednesday, November 12, 2008

Manusia ni unik, manusia ni macam-macam. Sebab tu kena terima mereka seadanya. Kalau tak, mungkin hidup ni terlalu sibuk memikirkan hal orang lain, hingga lupa masa depan sendiri.

Ada manusia nak kan support dari orang lain. Dia mungkin terasa hati sebab tak dapat support yang dia minta. Akhirnya, dia mungkin buat sesuatu yang dia tak sepatutnya buat. Tak mengapalah. Terimalah dia seadanya. Itu diri di, dia lebih tahu diri dia.

Yang paling penting, diri kita. Ada kalanya, kita minta sokongan dari orang lain, tapi dia tak mampu nak beri pada masa tu. Apa kita nak buat? Merajuk? Singkirkan dia dari hidup kita? Atau apa? Kadang-kadang, bila perkara ni berlaku, kita kena tengaok mengapa perkara ni berlaku. Kenapa Allah izinkan perkara ni berlaku.

Ada masanya, kita dapat sesuatu yang jauh lebih besar dari apa yang kita harapkan, cuma mungkin kita tak nampak. Ada juga masanya, kita telah perolehi apa yang kita minta, cuma kita terlepas pandang. Ada masanya juga, kita terlupa orang yang sepatutnya bantu kita itu, telah beri lebih dari apa yang sepatutnya. Hanya kerana sekali ini dia "gagal", kita buang terus dia dari hidup kita. Adilkah kita padanya? Adilkah kita pada diri sendiri? Adilkah kita pada Tuhan? Kenapa begitu mudah kita lupa segala pemberianya pada kita selama ini, hanya kerana ke"gagal"an yang sekali ini?

Ada banyak yang berlaku, yang terjadi, sebenarnya tak perlu kita sesalkan. Tak perlu salahkan orang lain. Dan tak perlu salahkan diri sendiri. Ini adalah proses pembelajaran. Manusia hadir dalam hidup kita, kerana tugas masing-masing. Bila tugas mereka selesai, pastinya mereka akan pergi dari hidup kita. Fizikal mereka hilang, namun jangan hilangkan memori kita bersama mereka. Ada sesuatu yang besar kita boleh belajar dari semua orang.

Pada semua teman dan rakan, terima kasih kerana hadir dalam hidup aku. Ada sesuatu yang sangat besar yang telah kalin sumbangkan dalam hidup aku. Tak mungkin aku lupa semua itu. Tak de siapa pun antara kalin yang hadir tanpa sebab, yang hadir sia-sia. Kalian manusia hebat.

No comments: